Google+

oleh: umikun Suci dalam Debu

286447_259385254086774_100000459032984_1021408_3434293_o

sesuai untuk penggemar susu tepung. Sekali cuba tak boleh berhenti. Sesuai juga untuk dibawa ke jamuan sekolah anak - anak. Boleh tahan sampai petang dan tak basi. mesti semua orang suka.


Created on : 13-08-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi umikun




Bahan-bahan ( bergantung kepada berapa banyak kulit popia yang dilipat )

  • kulit popia (dipotong 4)
  • 2 sudu besar Nestum
  • 2 sudu besar Susu tepung (saya biasa guna susu fearnleaf)
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  1. 288849_259383634086936_100000459032984_1021389_3211697_o
    Mula - mula, lipat kulit popia yang telah dipotong empat 2 kali dari bucu ke bucu. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, lebih mudah titiskan air di bucu kulit popia seperti gam.
  2. Panaskan kuali sehingga betul - betul panas.
  3. 290799_259384710753495_100000459032984_1021403_3278515_o
    Masukkan kulit popia ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak. Jangan terlalu awa dan jangan terlalu lewat.
  4. 286412_259383954086904_100000459032984_1021393_164514_o
    Blendkan nestum, susu tepung dan gula bersama.
  5. 287479_259384237420209_100000459032984_1021396_1871325_o
    Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam mixture tadi. Golekkan sampai habis popia goreng. Kalau tak cukup mixture, buat mixture yang baru dengan mengulangi langkah 4 tadi.
  6. 291222_259384617420171_100000459032984_1021401_7990276_o
    Dah siap Suci dalam debu anda. Selamat mencuba.








Laporan Masakan Bergambar (1)

Popia_nestong
04-09-2011
sedap!! dh lama cari resipi ni..saya pakai gula halus senang nk salut..thanks!
Laporan oleh: diaryme91

sama2.. cantik bentuk tu.. kreatifnya pelbagaikan bentuk...


Komen (10)

13-08-2011, abdulwahub komen :

apa la,,,tah apa2,,,buat la karipap ke dgn kulit ni,,,,


13-08-2011, pahma komen :

en. abdulwahub x prnh mkn agaknya kuih ni sbb tu kata ntah apa-apa.. kuih ni mcm kerepek,rasa manis & sedap,ada org dh wat jual pun


13-08-2011, abdulwahub komen :

memang xmakan,,,bayangkan pun dah xsedap,,,gula pulak tu,,,,adusss


14-08-2011, MiaSofie komen :

apalah en. abdul ni, tak baik komen cam tu, moral down org nak sharing resipi.... takcuba tak tahu, kawan saya ganti susu tu ngan horlick pas tu popia to digulung & gunting serong... yum yum teringat pulak...


21-08-2011, anaz466 komen :

wah.. nak buat lah. resepi yg mudah dan senang nak buat...


04-09-2011, jamaruziana komen :

mahal ni, saya beli rm24/kg tau. isi horlick, budak2 beraya makan ni x henti2


04-09-2011, norzaihan komen :

bila baca resepi ni, saya rasa saya ada makan semasa beraya ke rumah jiran.. sedap..


11-09-2011, Nur Anna komen :

Yea saya stuju ngan teman2 mmg sedap dan mahal kalau beli. My kids suka sangat. Encik Abdul kalau tak suka pun tak payah kritik rasa dulu.. taste org mmg tak sama .


11-09-2011, marinakassim komen :

senangnya nak cuba lah mudah-mudahan jadi


14-09-2011, TOP komen :

senang,mudah,ringkas dan yang paling penting sedap,


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu