Google+

oleh: Ahmadd Kerabu perut Kelantan

09082011455pr

makanan favorite bln puasa zaman sekolah dulu


Created on : 10-08-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ahmadd




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bahan A
  • 500 gram perut lembu
  • Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
  • lada hitam/lada sulah
  • bawang merah besar(bawang India) 1 labu
  • Bahan B
  • bawang merah besar 1 labu di mayang
  • cili merah dimayang
  • 1 bunga kantan dimayang
  • kelapa parut untuk dibuat kerisik
  • 1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun takpe)
  • asam limau nipis/limau kasturi
  • garam
  • gula
  • santan RM1
  • Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus2

Cara-cara

  1. Ok! Mula2 sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan .
  2. Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
  3. Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik
  4. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
  5. Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi.... masin ada, manis dan masam... Selamat mencuba!








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

11-08-2011, quinnie komen :

sedapnya saya suka kerabu perut..:)


11-08-2011, abdulwahub komen :

kerabu perut pasir 2 butir,,,,,,,sedap,,buat buka,,,,,,


11-08-2011, Ienn komen :

Ahmadd, tenkiu share resepi nie sy mmg suke... nnti nk try buat gak laa.. tp nak ty santan RM1 tu bile nk diletakkan? atau masa campurkan kemuanya bhn2 tu?


11-08-2011, abdulwahub komen :

awak xtau eja ke,,,,,,,,,semua masuk bawah tu,,,,la........


11-08-2011, Ahmadd komen :

campurkan semua bahan2 tu ...dan kacau...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu