oleh: yani Lemon roll cake

Lemonrollcake

kek gulung perisa lemon


Created on : 18-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 30x30 cm )

  • 3 biji telur- asingkan kuning dan putih
  • 70g gula halus
  • 1 biji kulit lemon- parut
  • 55g tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Krim:
  • 100g mascarpone/ cream cheese
  • 20g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 100ml fresh cream/whipping cream

Cara-cara

  1. Alaskan dulang oven dengan baking paper. Asingkan putih dan kuning telur. Naikkan suhu oven ke 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil dipukul. Lepas tu pukul sehingga kelihatan bertanduk atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh.
  3. Masukkan pula ke dalam no. 2 tadi, telur kuning sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  4. Lepas tu masukkan kulit limau, tepung yg telah diayak, jus lemon dan juga minyak masak. Kacau dengan spatula.
  5. Tuangkan ke dalam dulang oven. Ratakan adunan. Kemudian bakar selama 12-13 minit.
  6. Bila dah siap dibakar, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  7. Utk krimnya. Pukul semua bahan-bahan sehingga jadi bentuk krim.
  8. Bila kek dan sejuk. Letakkan krim dan ratakan di atas kek. Kemudian gulung.
  9. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong.
  10. TIP: Kalau nak dapatkan hasil yg cantik, panaskan dulu mata pisau sebelum potong kek.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (7)

21042007_024_1
22-04-2007
sedap gile la yani!! walaupun mudah, tapi sedapp. two thumbs up!!
Laporan oleh: zara_klate

pasni leh lah kak zara try bual roll cake ni pelbagai perisa..

Dscn0883
03-05-2007
dah buat,yummy!thks for the recipe
Laporan oleh: checkmate

ur welcome

Laporan_lemon_roll_cake
07-05-2007
anak2 ckp choc punya lg sedap (dah dasar bdk2 mmg suka koko!)...anyway, i like it.
Laporan oleh: alma

ehehe.. mostly budak2 memang gitulah kan..

Kekgulunglemon_
23-08-2007
sedap, ade rupa skit yg ni. semua yg rasa ckp sedap. tq yani.
Laporan oleh: cindaibiru

ur welcome.. mesti depa puji cindai ni... bertambah rajinlah cindai memasak.. ;)

Picture_1803__small_
26-03-2008
dh jd coffee roll cake..sedap gak..tq yani
Laporan oleh: junjs11
Dsc02964
30-04-2008
emmm dah buat ... krim guna jem ready made jer.. ok la tu
Laporan oleh: yatiezaini
P8250140
28-08-2008
kak yani..dah try..sedap sgt tapi kan tak tau pasal apa nk gulung tu masalah sikit.mgkn terlalu lama dalam oven kot. intinya sy letak je coolwhip dan diiced apricot dan oren.hihi.hubby kata sedap..tq sgt2/..
Laporan oleh: zza

Komen (6)

18-04-2007, Mat Gebu komen :

kek gulung pulak ish ish ish produktif nyaa mama yani niee.....keju mascapone tu ganti dgn keju krim ok ke yani, kat tempat mat keju mascapone tu tak jumpa lagi....


18-04-2007, junjs11 komen :

hmm...lagik yani? isk isk...sodapnyer.....


18-04-2007, Ayu61279 komen :

tu la k.jun....rajin tul k.yani kan.ada je idea dia nak memsk.klu ayu la mcm k.yani,alamatnya b'tmbh montel la cik abg ayu tu.hehehehe....


18-04-2007, yani komen :

Mat.. nak ganti keju krim pun ok.. sedap juga i pernah buat resipi coklat roll cake guna keju krim.. nanti i masukkan resipinya kat sini.. >> kak jun, stok resipi heheh----------- >>Ayu.. akak masak sumer ni, mkn sikit je.. hb dan anak2 yg makan banyak tp org lain tak montel.. tapi akak hahaha... ;)


19-04-2007, nurul_aiman komen :

mcm simple je resepi ni...nk cuba buatlah....tapi klu ditukar krim tu kepada jem nenas buat sendiri lagi sodap kot.....


17-08-2008, barneybarnot komen :

wah bestnye,i nak cuba buat!!!!hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu