Google+

oleh: as_lieya Nasi Tomato Express & Mudah (Aslieya's Recepi)

Nasi_tomato

Nasi Tomato ni resepi sendiri...untuk masak cepat & express lepas balik keje...boleh buat dalam masa 1 jam termasuk set lauk-pauknya..Biasanya set Nasi Tomato saya ni dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Terung & Acar Timun...


Created on : 04-08-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi as_lieya




Bahan-bahan ( Untuk 2 org Makan )

  • -Bahan Utama-
  • 1.5 pot Beras
  • 2 biji Buah Tomato (dikisar)
  • -Bahan yang dihiris-
  • 1/2 biji Bawang Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 cm Halia
  • 1 batang Serai
  • -Lain2 bahan-
  • Kulit Kayu Manis & Bunga Lawang
  • Sedikit Kismis
  • Sedikit garam
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara-cara

  1. Masukkan Minyak dalam periuk Nasi.
  2. Bila Minyak sudah panas, tumis Kayu Manis & Bunga Lawang bersama bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang sudah dibasuh.
  4. Masukkan Tomato yang dikisar & tambah air secukupnya untuk menanak nasi.
  5. Masukkan sedikit garam & kacau sedikit (supaya sebati)
  6. Masukkan kismis.
  7. Tutup periuk hingga nasi masak.
  8. *Nasi ni tak buh susu cair, sebab mmg xsuka bubuh,..tapi rasanye memang best.., cubalah!! :)
  9. Bila nasi masak, boleh dihidangkan & untuk menarik lagi taburkan daun sup & bawang goreng...








Laporan Masakan Bergambar (7)

20120205_193837
05-02-2012
percubaan sya,.ummpphhh !! :-)
Laporan oleh: sulaili

wah..memang nampak sedap...terima kasih kerana mencuba...

20120205_193837
05-02-2012
percubaan sya,.ummpphhh !! :-)
Laporan oleh: sulaili
20120205_193837
05-02-2012
percubaan sya,.ummpphhh !! :-)
Laporan oleh: sulaili
Dsc02746
19-11-2012
menerai resepi as lieya..walaupun express,tetap sedap gak.. menu nie buat dua ari lps...mekacihh as share :)
Laporan oleh: k.zila66

Teruma kasih kerana mencuba..

Dsc02749
19-11-2012
yg nie siap sedia utk di ngap ;D
Laporan oleh: k.zila66

Nampak sungguh menyelerakan..yummy..

121228_nasi_tomato_express
29-12-2012
tq 4 this rcp. sy n hb suka sgt nasi ni. slalu rasa muak tp yg ni leh mkn byk. simple plak nk wat. cuma tlupa msuk serai. sy tmbh tomato puree 2sb, sbb tomato dh abis. tq again!
Laporan oleh: moonbug

Lain kali boleh masak lg..sng n jimat masa..mgkin muak tu disbbkn campur ngan susu cair..resepi ni xde susu pn.. Tq kerana mncuba.. ;(

Dsc05812
20-11-2013
buat lagii.. suka ngn rspi ni tq as lieya :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (6)

04-08-2011, azimadnizam komen :

ringkasnya. janji sedap....


05-08-2011, Alysa79 komen :

mmg mudahhhh... apakata tomato blend tu ditambah 1/2 batang karot.. mesti lg terangkat.. :)


06-08-2011, ummirasyiqah komen :

nmpak mcm mudah..ingatkn mesti pakai beras basmati..leh la try..


09-08-2011, bittersweetkopi komen :

telah cuba. memang sedap and cukup rasa. tapi salya alter skit letak dah carrot..and mmg sedap and lebih sihat.. ;) izin kongsi di blog ya. http://bittersweetkopi.blogspot.com/2011/08/main-masak-masak-nasi-tomato-express-n.html


20-09-2011, naazaa67 komen :

sedap..saya dah try...anak2 suka mkn..mkn pulak dgn ayam masak merah yg juga sedap! Thanks.


31-12-2012, moonbug komen :

as_lieya: betul2. sbb xde susu cair tu jd light n bleh mkn byk. n rcp ni mmg jimat. nk wat lg nnt! time kasih byk2 ok :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu