oleh: syahmi Kuih Cara Berlauk / Manis

Kuih_cara

Seronok bila menjadi....tapi kalau melekat di acuan...mula berpeluh2.


Created on : 16-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • * Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN UNTUK BATER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
  5. Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
  6. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  7. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
  8. Kalau guna blender pun, lagi senang.
  9. Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  10. Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  11. Masukkan satu sudu inti daging.
  12. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  13. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
  14. Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc03258
16-05-2008
buat minum petang hari ni .. inti guna balen inti karipap .. letak lipstik skit bagi bseri .. mmg sedap buat sendiri ni.. tq
Laporan oleh: yatiezaini

wah...tahniah....cantik tuuuuu.....:).....mesti sedap kan..


Komen (9)

16-04-2007, umi_e komen :

bestnya... daging dah ada sebab lebih buat roti hari tu... bolehlah cuba buat nanti...


16-04-2007, joayee komen :

umi_e, ada acuan ker? bawak fr msia ker? berat jugak tu. Syahmi, kalau jo ada acuan pun, bole ke jo atas electric stove. ?


16-04-2007, umi_e komen :

a'a acuan sama cam syahmi punya tapi ringan je lah jo... boleh je jo bakar kat man2 asalkan panas :)


16-04-2007, syahmi komen :

joayee, boleh aje cuba try guna electric stove. hasilnya bagi tau ler...


17-04-2007, Mat Gebu komen :

Guna acuan baulu pun boleh kan?


17-04-2007, syahmi komen :

cik mat, tu acuan baulu la tuuu..


17-04-2007, AbangMid komen :

Lama dah dok cari kuih cara ni. Nanti boleh try la kot!


24-04-2007, syahmi komen :

kalau nak nampak cantik agi, boleh le taruh sepotong cili merah di atas setiap kuih..baru nampak seri..cam pakai lipstick..


01-06-2007, nona zarina komen :

klau boleh setiap resepi sertakan utk hidangan berapa org..senang skit nk agak...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu