Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi udang butter / buttered prawn

 Submitted By On 25 July, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

fokuskan dekat cara2 nak buat serdak2 rangup tuh

Ingredients
  • udang 1 kg (saiz M atau L)
  • BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG
  • - minyak masak 5 sudu
  • - bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
  • - daun kari (1 tangkai, ambil daun shj)
  • - cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera)
  • - susu cair / susu segar (4 sudu)
  • - garam secukup rasa
  • BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt)
  • - 7 biji telur (ambil kuning sahaja)
  • - butter 7 sudu besar / 1 senduk besar
  • - minyak masak 1 cawan
  • - garam secukup rasa
  • - perisa ayam (maggie)secukupnya
Instructions
  1. CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam

  2. goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan

  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan

  4. CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam

  5. Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2 panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan pastikan warna minyak

  6. Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak tersebut dlm putaran jam dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2 bancuhan telur tadi .

  7. langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup.

  8. sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). sekiranya lambat, serdak akan 'serap' minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh.

  9. gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut

  10. lapkan peluh anda atas usaha membuat putaran serdak! ;-) siap utk di makan

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All