Google+

oleh: mama wafi PULUT SEKAYA / SERI MUKA KAYA BUATAN SENDIRI

No picture

KUIH KEGEMARAN DARI KECIK... (gambar tak dpt nak upload lagi sbb blum buat lagi utk minggu ni).. sebelum ni kalau nak makan, asyik kena minta mak/akak buatkan... bila mak/akak malas trpaksa gak beli tapi geram sbb rasa tepung semata... skrg dah menuntut ngan mak dan dah dpt sijil, mak plak minta kita buatkan... hooray :)) Ohya, bagi sesiapa yang tengah cari resepi untuk buat kaya sendiri untuk makan dgn roti boleh ikut resepi ni...


Created on : 24-07-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama wafi




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • BAHAN A: BAHAGIAN BAWAH
  • 500gram beras pulut
  • 1 cawan santan pekat, 2-3 cawan santan cair
  • 1 sudu garam (larutkan dalam santan cair tadi... ni petua untuk melemakkan pulut)
  • BAHAN B: BAHAGIAN ATAS
  • 5 biji telur gred A
  • 5 sb gula pasir
  • sedikit esen vanila (tak ada pun tak apa, sekadar nak kurangkan bau telur)
  • BAHAN C:
  • 5-6 helai daun pandan
  • 1/2 batang kulit kayu manis (tumbuk) / 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 cawan air (untuk blander semua bahan)
  • BAHAN D:
  • 1/2 cawan santan pekat

Cara-cara

  1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit, kalau nak cepat rendam sekejap pun okay
  2. Toskan beras
  3. Masukkan beras tadi ke dalam loyang dan masukkan santan cair yang telah dicampur dengan garam hingga menutupi keseluruhan beras (pastikan santan di atas permukaan beras tu ngam2 jer... jgn letak santan banyak sangat tau) Kukus beras seperti biasa...
  4. Sementara menunggu beras pulut, terus blander bahan bahagian B iaitu telur dan gula pasir sehingga kembang dan bolehlah masukkan sedikit esen vanila jika mahu.. ketepikan.
  5. Blander pula bahagian C iaitu daun pandan, kulit kayu manis dan jintan manis. Tapis dan ambil airnya.
  6. Periksa beras pulut, jika dah masak masukkan santan pekat dan gaul rata. Tutup sekejap dlm 5minit... kemudian, (PETUA PENTING!!!) masukkan beberapa sudu besar adunan telur tadi ke atas adunan pulut dan ratakan atas keseluruhan permukaan pulut. Ini untuk pastikan sekaya anda nanti akan lekat dengan elok bersama pulut dan pulut anda juga tak kan berderai. (Telur nie jadi macam gam lah... hehehe..) Kemudian tutup sebentar (dlm 2 minit)... kemudian ratakan keseluruhan permukaan pulut hingga menjadi padat.
  7. Bolehlah satukan bahagian B, C dan D iaitu adunan telur, air pandan dan santan pekat. Curahkan atas adunan pulut di dalam periuk pengukus.
  8. Kukus adunan hingga masak sepenuhnya... anggaran masa dalam 30minit.. kalau tak pasti, cucuk adunan kuih dengan garfu hingga ke dasar pulut, jika garfu yang ditarik tu licin jer tanpa melekat apa-apa maknanya... MASAK!!!
  9. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum di potong... InsyaALLAH... sedap dan puas makan sebab kaya sepenuhnya. Lembut dan wangi... makan utk di rumah bolehlah, kalau untuk dijual tak boleh sbb telur mahal... kena pakai tepung... :))
  10. Bagi sesiapa yang tengah cari resepi untuk buat sekaya untuk makan ngan roti dll... BAHAN B (blender), BAHAN C (blender dan tapis) dan BAHAN D disatukan kemudian masak atas api perlahan hingga pekat dan licin / kukus hingga masak dalam 30minit...








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

24-07-2011, mama wafi komen :

Kuih ni mudah saja tapi sengaja tulis panjang lebar berserta tips nya sekali supaya senang bagi sesiapa yg brminat nak cuba...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu