oleh: nurulaufa98 Pavlova

Dsc_0011

pencuci mulut yg dibuat menggunakan putih telur,gula dan tepung jagung.Dihias dgn whipped cream dan buah-buahan seperti strawberry,kiwi dan markisa. p/s:ignore the boy.he's my nephew.dh xder gambo lain dah.:)


Created on : 17-07-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nurulaufa98




Share


Bahan-bahan ( 1 biji pavlova (6 org makan) )

  • 8 biji putih telur
  • 300g gula kastor
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil cuka makan
  • *******untuk topping*******
  • 250g whipping cream
  • 30g gula icing
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.

Cara-cara

  1. Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak',tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'.pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
  2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
  3. Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
  4. sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.Hias dengan buah-buahan.
  5. untuk versi bahasa inggeris,lawati blog saya. www.aufa-sweetblog.blogspot.com .kalau free,follow yer.. :)

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

17-07-2011, mandydaniel komen :

ok juga...xde la susah sngat kalu xde idea blh try masakan ni...


17-07-2011, mama kastam tioman komen :

terima kasih di atas resipinya...semalam anak mama minta buatkan pavlova ni...pertama kali mama dengar jadi semalam mama dah tengok kat blog kamu..dah ada dalam bahasa M'sia ni lagi memudahkan..sejkali lagi terima kasih..


18-07-2011, opahiscooking komen :

wahhh...opah suka makan pavlova ^.^ kalo makan kat luar,harga nyer buleh tahan, mahal, ni dah ada resipi.. buleh la cuba, thanks for sharing ^.^


18-07-2011, Little Chef komen :

klau skip white vinegar tu leh tak?


20-07-2011, nurulaufa98 komen :

little chef,boleh jer kalau nk skip vinegar tu. selamat mencuba yer,jgn lupa utk bg laporan tau!


02-10-2011, mixar_mila komen :

"stiff peaks" tu ape yek...???


14-10-2011, nurulaufa98 komen :

Maksudnya,kalau angkat whisk tu,tekstur dia seakan-akan bertanduk.x tau macam mananak jelaskan..huhu.cuba search dalam google.


29-10-2011, Scha Al-Yahya komen :

Sedap ni.. Teringin nk buat. Tp x berkesempatan. Hadoii


08-11-2011, Ain19 komen :

nurulaufa98: assalamu'alaikum..guna api atas bwh ke atas sj?n klw nak buat mini pavlova, kena bakar slma 1 jam jugak ke? =)


02-12-2011, aiesyasazali komen :

thanx nurulaufa98...ssgt mngidam nak mkn pavlova ni...alhmdlh mjadi..


13-05-2012, shikin01 komen :

yg kek tue mcm mane nak buat?tak berape paham la.. ( nampak sgt tak tau ape2...heheheh )


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu