Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Bingka Pisang

 Submitted By On 12 July, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Hidangan untuk minum petang yang mudah disediakan, resipi Pn Rubiah Suparman..

Ingredients
  • 10 biji pisang
  • 2½ cawan santan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
Instructions
  1. Lecek 5 biji pisang. Masukkan santan, tepung, gula dan garam, gaul sebati.

  2. Potong/hiris baki 5 biji pisang tadi. Masukkan ke dalam adunan, gaul rata.

  3. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan bakar hingga masak (ikut kesesuaian oven sendiri).

  4. Jika nak bakar dalam acuan bahulu kemboja, panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak di atas api kecil. Tuang adunan hampir memenuhi acuan, tutup dengan tudung periuk/foil.

  5. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit di atas api kecil. Kemudian, masukkan acuan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar pula dengan api atas selama lebih kurang 15-20 minit (saya bakar dengan suhu 210ËšC).

  6. Ini gambar kuih yang telah dipotong.. tekstur kuih lembut dan sedap..

    myr2.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All