oleh: purplerossa Nasi Goreng Nenas Chiquitas

Sam_1069

terasa macam kat Hawaii je makan dalam mangkuk nenas nih..feel gitew!awwh.. masakan Thai yang mudah dan menyelerakan..


Created on : 08-07-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi purplerossa




Share


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 3 cawan nasi-yang dah disejukkan
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 4 biji bwang merah,dihiris
  • 1 cawan nenas,dipotong kiub
  • 1 cawan udang yang dah dibuang kulit
  • 1/4 cawan gajus roasted
  • 1 sudu besar jus nenas(boleh ambik dari nenas yang dipotong tadi)
  • 1/4 sudu kicap pekat(sebagai pewarna)
  • 1 sudu kecil belacan (sy guna yang serbuk)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji cili merah,dihiris
  • 1/2 cawan kacang peas frozen
  • minyak untuk menumis
  • Sedikit daun ketumbar

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.mAsukkan cilimerah. Masukkan belacan dan kacau sebati.
  2. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak,kemudian masukkan nenas,jus nenas dan peas. Kacau rata.Tambahkan sos ikan dan kicap pekat.sebatikan
  3. MAsukkan nasik dan kacau rata.Akhir sekali,masukkan gajus roasted,kacau.Tutup api
  4. Hias dengan daun ketumbar dan sedikit hirisan nenas fresh. Jika rajin,bolehlah belah nenas,dan buat mangkuk untuk lebih "feel" bila makan..


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (15)

08-07-2011, darth vader komen :

macam kat hutan belantara,,,


08-07-2011, yongnani komen :

pink...eh!!! purple....betoii2!!.... makan kene ade "feel" gtu... br de nikmat....heeee....


08-07-2011, darth vader komen :

salah


08-07-2011, darth vader komen :

(soalan tambahan)kalau kita guna kelopak jantung pisang,,,boleh ke,,,LEBIH FEELING?


08-07-2011, halimahcoklat komen :

sedapnyer,kalau untuk darth vader kite letak aje dalam batang pisang dgn dier2 sekali.amacam.......feeling tak!


08-07-2011, purplerossa komen :

yongnani - ate kome klaka laa...pink! eh..purple!hahaha :: halimahcoklat - memang..sedap bangat!cubelah.. :)


08-07-2011, yongnani komen :

halimah....ha'ah...stuju2....wahhhkahkah......feeling tuuu!!!....


08-07-2011, darth vader komen :

alamak,,,,,,, bawak gang,,,,,


08-07-2011, kakbesah komen :

salam purplerossa, sesekali kalu msk nasi goreng ni, mkn berdua2 ngn hb best gak yek.. buat 1 set.. share jer.. brsuap2an.. gitu..hikhik.. >>darth vader, kalo nk mkn ngn feeling, cuba try, dekat2 senja, semua org ntah kemana, dok sorang2 atas tangga @ pangkin, mkn nasi ngn kicap n ikan kering jer.. tengok.. feeling ke x feeling..huhu..


08-07-2011, purplerossa komen :

wassalam kakbesah..nice one!


08-07-2011, DatinLulu komen :

Aloha.. rossa, mahalo, mahalo, mahalo utk respinya.. kena ckap hawaii ckit, baru ada feel gtewww >>>darth vader, abisss la kau ;D


08-07-2011, purplerossa komen :

amboi kak Z,pandainye speaking hawaii..ni baru lengkap.feel abess uuh!hikhik


08-07-2011, darth vader komen :

tak pe,,,,,ini hari korang,,,esok hari aku pulakkkk,,,,


08-07-2011, darth vader komen :

(peraturan mesyuarat)dilarang campuri urusan org lain,,,,haeh,,,haeh


10-07-2011, yongnani komen :

dv...peraturan mesyuarat d mansuhkan sampai bile2...huahhaahaa...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu