Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Sandwich Puff Sardin

 Submitted Byalma On 12 April, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Enak dimakan masa panas2 sket (rangup gitu)

Ingredients
  • Untuk buat doh pastri:
  • 130ml air sejuk (dr peti ais)
  • 250g tepung roti
  • 30ml minyak jagung
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sdk baking powder
  • 180g pastri marjerin
  • Untuk inti:
  • 1 tin sardin saiz sederhana (buang kuah & tulang ikan tu)
  • ½ biji jus limau nipis + secubit garam(kalau xnak terpulang)
  • *bhn2 inti ni cam style nk buat roti sandwich yg biasa tu, lecek2 kn smua, biar kering sket, ganti inti mcm inti karipap tu pun boleh, terpulang pd selera msg2).
  • Untuk sapu atas puff:
  • ¼ telur + 1sdk fresh milk, kacau2 kan (sapu sblm bakar), butter (sapu slps bakar)
Instructions
  1. Dalam satu bekas, masukkan bhn2 doh KECUALI pastri margerin (ikut susunan iaitu mula2 masukkan air). Kemudian gaul dgn tangan pastu uli hgga sebati. Kemudia perap (tutup bekas dgn cling foil) selama lebih kurang 1 jam. Selepas perap tu, bermulalah adegan lipat-melipat (saya buat ni malam td so ni versi pantas..iaitu lipat sekali aje). Ni step-by-step amatur saya, kalau nk yg pro, refer to link yg sky bagi dulu: http://www.ibiblio.org/expo/restaurant/techniques/pastry.html

  2. Mula2 ambil pastri marjerin, letak atas cling foil kemudian canaikan. Bentuk pastri marjerin yg dah dicanai seelok2nye rectangle (tebal dlm 0.5cm), agak2 lebar saiznya muat masuk dlm doh pastri nnt. (since saya versi cepat, halal je herot-berot). Dah siap canai, ketepikan dulu.

    s2_canai_pastri.jpg
  3. Skang ambil doh yg siap perap 1 jam td; canaikan (pencanai & board pencanai better ditabur tepung supaya xmelekat). Buat saiz rectangle besar (tebal agak2 lebih sket dr 0.5cm, tebal sket agar bila melipat kang xterkoyak ke pe) supaya tgh2nye nnt blh muat letak pastri yg dh jd rectangle leper td).

    s3_canai_doh_b.jpg
  4. Siap canai doh pastri, letak pastri marjerin di tgh2nye (agar bhg kiri, kanan, atas & bawah doh blh menutupi pastri marjerin tu). Mula2 lipat bhg atas & bawah. Canaikan sket utk kemas2kan, jgn tekan kuat sgt, slow (mampat sgt puff xjd berlapis2 lak).

  5. Gambar ni leh nmpk pastri marjerin ada kt dlm doh yg dah dilipat atas bawah (lipat ke dalam le kan). Kemudian lipat ke dalam yg sebelah kiri.

    s4_lipat_doh_pastri.jpg
  6. Akhir sekali lipat ke dalam yg sblh kanan. Then betul2kn shape dier & canaikan lagi untuk dptkan saiz rectangle then ulang lipat-melipat bermula dr step lipat atas & bawah tu (kalo skip utk lipat utk kali kedua pun puff ok gak jadinye).

    s5_lipat_doh_pastri.jpg
  7. Dah jd rectangle yg cantik, belah dua tgh2nya, spt dlm gmbar sebelah. Pastu portion yg atas potong kpd 4 & bwh pun 4 so nnt smua akan dpt 8 puffs.

    s6_belah_dua_doh_pastri.jpg
  8. Ambil satu drpd 8 keratan doh td, canaikn sket (jika perlu nk panjangkan/lebarkan sket ke pe…); kemudian letak inti dlmnye.

    s7_letak_inti.jpg
  9. Tutup inti doh pastri tu (mcm buat karipap). Pastu tekankn dgn jari di 3 sisi puff tu.

    s8_tekan_doh_dgn_jari.jpg
  10. Kemudian buat alur2 di 3 sisi puff dgn garfu (ni hias2 je & supaya keliling tu terkatup kuat sket).

    s9_tekan_doh_dgn_garfu.jpg
  11. Doh puff yg dah sedia utk dibakar, atas loyang yg digriskan. Seblum tu, sapukan campuran telur & susu atas puff.

    s10_ready_utk_dibakar.jpg
  12. Bakar dlm oven dgn kepanasan 170C dlm selama 20min kalau xsilap (sori, sbb oven saya meragam mmg xleh nk kata exactly brp lama & temp tu brp, saya kene adjust2 temp oven saya tu). Bila siap bakar, bwk keluar then sapukan dgn butter kt atas puff.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All