Google+

oleh: zara_klate Kuih Lompang

Kuih_lompang

hmmm.. tatau ape nak ckp.. kuih tradisi yg jarang² didapati..


Created on : 11-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zara_klate




Bahan-bahan ( 40 - 45 biji )

  • ½ paket tepung beras
  • 1 cawan tepung kanji
  • air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
  • 1 cawan gula pasir (leh dilebihkan sket jika suke manis)
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit air jika perlu
  • pewarna yg disukai

Cara-cara

  1. gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. pastu disejukkan.
  2. tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yg disejukkan tadi serta air kelapa. kacau hingga rata dan tak bergentel.
  3. sekiranya adunannya masih pekat, leh ditambahkan sedikit air. kacau rata. (kalo adunan tu tak melekat kat senduk, kira da ok la tu). adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letakla pewarna yg disukai. kacau rata.
  4. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan skejap dlm periuk kukus. kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  5. bolehla dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam. jika takde acuan, leh diganti dgn loyang.

Tag









Laporan Masakan Bergambar (3)

Lompang
13-04-2007
buat malam tadi..tapi keras tak tahu nak sukat air banyak mana. if lain kali leh tak zara sukat berapa agaknya kuantiti air
Laporan oleh: mazurah

mazurah, mungkin adunannya pekat. sebaiknya mazurah kukus dulu sket. dan jika didapati kuihnya keras, tambahkan lagi air sket. sehingga bila adunan tu diangkat dgn senduk, dia tak melekat. ksian mazurah.. jgn putus asa ya.. aniway, tq sbb sudi mencuba resipi nie.. =)

2041534960101472034vmiakh_th_1_
04-09-2008
kak zara....mmg bestttt....;)
Laporan oleh: waheedeana
02082009185
07-08-2009
Sis tukarkan pewarna dengan chocolate emulco..anak-anak sis kata sedappppp..yg hijau tu buah melaka..
Laporan oleh: Sis Sallylea

Komen (25)

11-04-2007, ainaibu komen :

rasenye kat resepi atas ada mention air kelapa...bila pakai air tu


11-04-2007, zara_klate komen :

hehee.. sorie.. terlupe plak nak letak.. da edit da tu.. tq..


11-04-2007, alma komen :

ish ish ish k zara...ni baru btul breakthru'...lompang kaler biruuu hik hik hik...caya lah!


11-04-2007, miza komen :

k.zara, wow kaler tu mengancamnye dah lame tak makan kue ni dulu2 mak miza slalu gak buat kdg2 dia letak manisan sedap juga ....


11-04-2007, zara_klate komen :

heheee.. alma.. haritu kak zara jalan² ternampak kaler biru nie.. tu yg try tu.. agaknye kalo satu hari kak zara jalan² ternampak kaler hitam, pun kak zara try jgk agaknye.. camne la rupenye ye.. heheee.. yeke miza? letak manisan sedap jgk ke? nie macam kak zara mau try la.. =)


11-04-2007, Lilydvalley komen :

hmm...x penah jumpa kuih lompang kaler biru!


11-04-2007, miza komen :

sedapp (pd miza lah..) k.zara cuba dulu tapi mak miza tak letak air kelapa dia masak manisan dan campur je dlm tepung..


12-04-2007, skyblue komen :

colour ada sales ke? hehe... jgn marah eh... gurau je.... colour cam gitu kanak2 mesti suka.


12-04-2007, Mat Gebu komen :

pn zara..yg kaler biru tu makk aiii cun nyaa. "macam anak dara"........mat tak pernah buat kueh lompang nie. macam nak cuba nanti....


12-04-2007, Mat Gebu komen :

lagi satu nak tanya pn zara, agak2nya berapa minit ye nak kukus kueh nie?


12-04-2007, zara_klate komen :

mat..kaler yg biru tu baru aje beli n baru first time guna,saja2 nak try n nak kukusnya sekejap saja pasal acuan nya kecil, rasa nya tak sampai 10 minit pun dah masak..nanti mat try lah ya..


12-04-2007, Noreen komen :

wah meriahnya kuih lompang kak zara nie cam rainbow kan heheheh. takut nak makan terang sgt hehehe.


12-04-2007, DianaA komen :

Zara, waweeee lawa sungguh warna kuih lompang nih... nihlah salah satu kuih yang jarang kita nak buat sendiri... D nak tanya buat kuih lompang kena gunakan air kelapa ya? kalau tak ada boleh substitute dengan air biasa tak?


12-04-2007, zara_klate komen :

thank q noreen n D,tak tau lah D,,selalu buat kuih ni mesti guna air kelapa, kalo tak guna airkelapa takut pulak tak jadi lekuk2 kat tengah tu.. air kelapa ni susah jugak nak dapat kan so i beli kan kelapa sebiji kat kedai buah, balik kopek sendiri..hehe..


13-04-2007, Mat Gebu komen :

pn zara......mat dah buat tapi tak sempat nak ambik gamba tgk2 ari dah siang..... rupanya mimpi, tapi yg heran kan, mat buat macam2 kaler tapi bila siap kukus semua jadi kaler biru.....hmm ishh apsal lah leh jadi cam tu ek?...


13-04-2007, zara_klate komen :

hahaaa.. cik mat, bikin suspen je.. ingatkan btul2.. tak sangka pulak kuih lompang yg kaler biru ni terbawa2 sampai kat dalam mimpi. tu tandanya dia suruh mat buat yg kaler biru tu jgk kot.. jangan jadi haru-biru sudah lah!! =P


13-04-2007, Mat Gebu komen :

tu lah pn zara...tak pe esok (jumaat) mat nak ke JB pasal ada PC fair, sambil tu nak pi beli cawan comey2 utk buat kueh lompang tu (cawan tokong tu kan?), macam teruja lah kaler biru tu pn zara....heran ishhhh sampai termimpi, setakat nie lom pernah lagi mimpi kueh2 nie.....dasat jugak penangan kueh lompang u nie pn zara...


14-04-2007, cikgunita komen :

Saya dah buat tetapi tak menjadi . Bahagian tengahnya tak masak. Tepungnya kering dan mengeras. Apa pasal?


15-04-2007, iffa komen :

Puan Zara, iffa pun teringin nak mencuba resipi ni tapi tak confident kerna takde exact sukatan utk air kelapa, as we know buat kuih moden dan tradisional mesti ada sukatan yg tepat baru menjadi, kalu masak lauk kite boleh agak2 dan adjust tapi kuih agak complicated sikit.


16-04-2007, zara_klate komen :

cikgunita..saya rasa adunan yg di bancuh tu terlalu keras jadi bila di kukus ia nya kering dan mengeras.


16-04-2007, zara_klate komen :

iffa..air kelapa tu kak zara gunakan semua dari se biji kelapa.sebaik nya iffa kukus dulu sedikit kuih ni pastu try lah rasa, jika keras iffa boleh tambah air lagi,adunan untuk kuih ni agak cair jadi bila dikukus ianya tak keras.kak zara sendiri pun guna kaedah yg sama yakni kukus dulu pastu rasa.masa kak zara dapat resepi ni dari mak mertua pun, dia tak bagi sukatan air yg betul,cuma kata nya adunan nya tidak boleh pekat nanti kueh nya keras.


04-12-2008, Mummy Zubayr komen :

kat s'pore ni susah nak cari i kelapa. yg kat dalam tin tu adalah. boleh tak dugunakan??


20-01-2009, eka@77 komen :

saya belum try lagi resepi lompang ni,nak tnya kak zara sukatan tepung beras,setengah peket tu bnyk mana


24-01-2009, mardi komen :

K zra, air kelapa tu,, kelapa biasa or kelapa pandan? nak tau sbb nak try gak rsanyeeeee. K zara x gna air kapur? sya dah tngok resepi kuih lompang yg lain gak. rmai yg gna air kpur. sikit je yg xgna termasuk K zara. knpa yek?? sorry bnyk tnya.;0


02-11-2011, masayie komen :

sedap..sedap...sedapp..memang sedap.............. kak zara : air kelapa tu utk apa yer?? selalu sy dengan guna air kapur... tq akak..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu