Google+

oleh: marjina Kacang Kuda Pedas Ikan Bilis

Dsc04678

resepi sendiri


Created on : 02-07-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi marjina




Bahan-bahan ( seisi keluarga dan kawan-kawan juga )

  • Kacang kuda - direndam semalaman dan direbus hingga empuk dan tos airnya
  • Ikan bilis - digoreng
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Asam jawa dibancuh dengan air
  • Serbuk cili - letak mengikut selera pedas masing-masing
  • Daun ketumbar / daun kari
  • Garam + gula secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang.
  2. Masukkan serbuk cili + air asam jawa (jangan letak bijinya). Biarkan serbuk cili masak dan menjadi pekat.
  3. Masukkan gula dan sedikit garam.
  4. Masukkan kacang kuda yang siap direbus empuk dan ditos tadi. Biarkan hingga kering.
  5. Masukkan daun ketumbar atau daun kari. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
  6. Sangat-sangat sesuai dimakan dengan apa-apa jenis nasi dan nasi bubur.
  7. Selamat mencuba. :)








Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc00708
02-07-2011
salam ya marjina.. pulang dri sign refort card ana punya ank, terus fegi fasarlah, nmpak itu kasyan kuda rebuslah, ana terus masak resifi entelah, masyaallah! banyak sedaplah, mkn fenuh ferasaan lah, masam,masin,manis,fedas.. smua ckuplah.. syukran, syukran, ya marjina..!
Laporan oleh: kakbesah

masyallah kak besahhh...ante funya kasyan..masyallah banyak merahlah...fedaslah fedass...masyallah...ana ucapkan berbanyak terima kasihlah...sebab ante sudi try ana funya resepilah...syukran..syukran ya kak besah... :)

P1040287
18-07-2011
slm,rendam setgh kg.Ya Allah pnuh stu mgkok.wat separuh.sdp..smua suka..tqtq ya bg idea..
Laporan oleh: Mariani(KT)
Dsc06658
23-03-2014
mmg peberet kacang kuda.. rspi k.fida sudah! rspi delila sudah! rspi datin lulu sudah! lah ni rspi marjina pulak heehee... mekasih smua :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (16)

02-07-2011, darth vader komen :

boleh dapat cancer,,,cubalah,,,,


02-07-2011, marjina komen :

darth vader - apa maksudnya??


02-07-2011, darth vader komen :

kacang tu ler,,,,,,,,


02-07-2011, kakbesah komen :

salam marjina.. sungguh menarik ni.. mkn begitu saja pun sedap, sebagai kudapan yg berkhasiat. bahan2 pun senang.. insyaallah akk akn terai..trimakasih share rspi mnarik nih. p/s;encik darth, mkn kekacang bleh elak cancer,insyaallah, baru dgr kt MHI haritu..


02-07-2011, darth vader komen :

kacang ni je xboleh,,,,,,macam cancer ada,,canser tulang,,canser darah,,,(canser otak tangan jadi kaku n jadi rabun),,,


02-07-2011, marjina komen :

thank you kak besah. jadikan kudap-kudap pun memang sedap. kalau cuba tu jangan lupa letak gambar kat sini ya :) darth vader - wallahua'lam


02-07-2011, DatinLulu komen :

Assalamualaikum.. marjina, izinkn sy letak info kt cni utk pnduan brsama, TQ ~Berikut adalah 5 jenis kekacang yang sememangnya baik untuk tubuh anda dan sedikit fakta mengenainya; 1. Kacang Dhal - Kandungan protein sebanyak 26%. - Meningkatkan metabolisme buah pinggang. - Mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah pinggang. - Melancarkan perjalanan darah ke jantung. 2. Kacang Hijau - Mengandungi fiber, karbohidrat, mineral terhidrat, protein dan vitamin. - Menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu. - Meneutralkan toksin dalam tubuh. - Melegakan jangkitan salur kencing. - Mengurangkan radang, pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik, masalah jantung dan darah. 3. KACANG KUDA - Sumber terbaik bagi fiber, folat, karbohidtrat, protein dan zink. - Rendah lemak. - Membantu mengekalkan tahap kesihatan organ tertentu seperti jantung, pankreas dan usus kecil. - Menyeimbangkan sistem hormon tubuh anda. 4. Kacang Soya - Sumber protein yang terbaik. - Mengandungi asid amino. - Membantu banyakkan air susu badan. - Mengekalkan tahap kesihatan hempedu dan pankreas. - Melancarkan peredaran darah. - Mencerahkan penglihatan. - Menyingkirkan toksin dalam tubuh dan keracunan makanan. - Bertindak sebagai diuretik. - Mengelakkan rasa loya dan masalah sembelit. - Baik untuk kulit anda. 5. Kacang Soya Hitam - Menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan anda. - Melancarkan peredaran darah. - Bertindak sebagai diuretik. - Melindungi organ dalaman seperti limpa dan pankreas. - Mengelakkan batu karang, kejang, osteoporosis, radang pada saluran kencing dan sakit lutut. - Mengurangkan rasa sakit belakang badan. Sekarang anda dah tahu akan khasiat kacang untuk tubuh. Jangan lupa jadikan kekacang ini sebagai sebahagian diet harian anda ya :)


02-07-2011, DatinLulu komen :

MARJINA...lupa pula nk cakap, sy pun suka kacang kuda.. TQ ;)


02-07-2011, marjina komen :

thank you DatinLulu. :)


02-07-2011, DatinLulu komen :

marjina.. panggil sy Z ajaaa, trimakasih kmbali :)


02-07-2011, humaizah komen :

salam...tgk kacang kuda pedas ni tingat kat kantin sekolah rendah dulu2...n da besar try buat cam lain je...xpe pas ni try resepi ni lak....mane tau rasanya memberangsangkan...tq 4 this rspi... :)


02-07-2011, lia83 komen :

wah sedap kesukaan ku..tak kira kacang apa tetap suka..kalo kacang ni tak baik,dah lama sumer org mati coz cancer.tak baik tau cakap makanan yg sedap cam tu,cuba kalo darth vader tarok resepi..aku cakap kau masak t***blh bagi org sakit mcm mana apa rasa?sorry to admin and all friend dlm ni,org mcm ni buat kacau jew,nak baca komen baik2 coz kita boleh cuba lak resepi ni.tapi ada mahluk yg tulis mcm ni terukla...


03-07-2011, marjina komen :

lia83, thank u laling. biarkanlah dia. orang macam ni kat mana-mana pun ada. layan pun tak guna kan? baik kita masak-masak. :)


03-07-2011, samdean komen :

Setiap makanan ada kesan baik @ buruk, so pandai2 le kita imbangkan, kalau tuhan nak duga mcm mana kita jaga pun kena juga..anyway pd saya ahli2 kat sini semuanya ok, x lokek resepi. Sham dah cuba resepi lauk, kek blender k.fida, spageti k.besah, kek coklat, kek marble dulu2 + biskut choc chip (semua yg senang) cuma x pandai nak upload gambar..so yg menyumbangkan resepi jgn kecil hati, ramai lagi yg mencuba resepi kat ruangan ni..


08-07-2011, ctzai komen :

betul tu...byk penyakit pun dtg dr mknn..mkn sayur saja pun blh dpt penyakit..sbb byk bhn kimia. terpulang pada kita bagaimana nk mengawalnya..ajal maut, penyakit...bkn kita yg tentukan...anyway...kat negara2 arab ni byk betul jenis2 kekacang. kacang dhall pun ada bbrp jenis..sedap aja masak kekacang ni cr melayu, letak cili...nnti nk try la resepi ni..rasanya ada satu paket lagi kacang kuda yg blm masak dlm almari. thanks marjina sbb share resepi kat sini...


10-02-2014, AyyuBrowniesKeju komen :

alah makan sihat2 mahal pun mati jugak...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu