Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Telur Menantu

 Submitted Bypurplerossa On 30 June, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

nama resipi ni memang kelakaa.haha.nama sebenarnye ialah son-in-law eggs..isk2..lagiii la kan!geli den!Adaptasi dari Thai Cooking Made Easy.kelainan untuk masak telur.silalah cube..pedulikan nama itew.kehkeh

Ingredients
  • 4 biji telur,direbus dan dikupas kulitnya
  • 1/2 sudu besar sos ikan(atau secukup rasa)
  • 2-3 biji bawang merah,disagat atau dipotong nipis2,untuk buat bawang goreng
  • minyak secukupnya untuk deep fry
  • daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan
  • Bahan untuk sos asam jawa :
  • 2 sudu besar gula melaka(atau secukup rasa)
  • 4 sudu besar air asam jawa(ambil asam jawa dalam saiz satu bola pingpong,dan campurkan ngn air untuk mendapat air asam)
  • 1 biji bawang putih,dicincang
  • 1 sudu kecil emping cili kering(cili kering yang diblend kering & kasar2)
  • 1 sudu besar kacang goreng yang dah dikisar
  • 1 sudu besar minyak
Instructions
  1. Goreng telur rebus tadi sehingga kekuningan,dengan cara deep fry.Toskan minyak dan belah 2.Susun di atas pinggan

  2. Goreng pula bawang merah hingga garing untuk dijadikan bawang goreng

  3. Panaskan minyak dalam kuali,dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula kepingan cili kering dan kacang dan kacau

  4. Masukkan air asam jawa,gula melaka dan sos ikan dan didihkan.Klau pekat sgt,bleh la tambah air sket

  5. Tuangkan sos di atas telur dan taburkan bawang goreng serta daun bawang/daun ketumbar

  6. Hidangkan bersama nasi putih panas2

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All