Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ^ Nasi Ayam Hainan & Ayam Madu

 Submitted By On 20 June, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Sangat beraroma & sangat sedap ^_~

Ingredients
  • Stok Ayam:
  • 。 Rebus seekor ayam (yang telah dibersihkan (tambah rangka ayam lagi sedap) separuh masak dan bahagikan air rebusan kepada 2 bahagian.
  • Ayam Madu:
  • 。 Sila rujuk bahan-bahan lain kecuali ayam di http://www.myresipi.com/top/detail/12482 dan lebihkan 1 sudu untuk sos tiram dan kicap pekat
  • 。 Sila rujuk bahan-bahan lain kecuali ayam di http://www.myresipi.com/top/detail/15200
  • Sup Ayam:
  • Sos Cili (untuk 2-3 cawan sos dihasilkan):
  • 。 1/2 biji bawang besar
  • 。 1/2 labu bawang putih yang dibakar sedikit
  • 。 1 mangkuk cili kering yang sudah dikisar
  • 。 1 keping asam keping
  • 。 1/4 cawan air asam jawa sederhana pekat
  • 。 1/2 sudu kecil cuka
  • 。 sedikit belacan yang dibakar
  • 。 garam dan gula secukup rasa
  • 。 air secukupnya
  • Nasi Ayam Hainan:
  • 。 3 pot beras yang sudah dibasuh dan ditos
  • 。 1 batang serai yang diketuk
  • 。 1/2 inci halia diketuk
  • 。 3 ulas bawang putih diketuk
  • 。 2 sudu besar planta untuk menumis
  • 。 air panas secukupnya
  • 。 garam secukup rasa
  • Sayur-sayuran seperti salad, timun, tomato dsb.
Instructions
  1. Ayam Madu: Ayam (ambil semua bahagian kecuali leher dan kaki. Ayam boleh juga dipotong kepada 4 bahagian sebelum digoreng) yang telah direbus setengah masak ditos dan diperap dengan bahan-bahan perapan seperti di http://www.myresipi.com/top/detail/12482. Tambahkan 1 sudu lagi sos tiram dan 1 sudu lagi kicap pekat. Ikuti kaedah seterusnya seperti yang disebutkan. (Tips: goreng ayam dalam periuk tekanan / tutup kuali semasa menggoreng ayam supaya ayam cepat masak luar dan dalam. Jangan goreng terlalu lama dikhuatiri ayam hangit dan terlalu hitam). Air lebihan perapan ayam ditambahkan sedikit air panas dan garam secukupnya dan kemudiaanya dimasak seketika di atas dapur untuk dijadikan sos kicap.

  2. Sup Ayam: Bahagian-bahagian ayam seperti leher, kaki, dsb (termasuklah rangka ayam jika direbus sekali) DIGAUL dengan bahan perapan seperti yang disebutkan di http://www.myresipi.com/top/detail/15200. Gunakan 1 bahagian daripada stok ayam untuk dibuat sup. Teruskan langkah yang berikutnya seperti yang dinyatakan kecuali memasukkan ubi kentang (sebab tak letak kentang). Untuk menambahkan rasa sup, masukkan 1 kiub pati ayam .

  3. Sos Cili: Kisar bawang putih, bawang besar dan belacan (nak kisar dengan cili kering sekali pon boleh). Masukkan semua bahan dalam periuk termasuk sedikit garam dan gula dan tambahkan air (jangan terlalu pekat atau cair). Panaskan api. Bila asam keping da kembang, rasa masam manis masin sos. Jika sos terlalu masam, keluarkan asam keping dengan segera. Tambahkan lagi garam dan gula jika perlu. Masak sos sehingga mendidih dan agak pekat.

  4. Nasi Ayam Hainan: Tumis semua bahan-bahan kecuali beras, air dan garam sehingga wangi dan sedikit garing garing. Masukkan beras dan gaul seketika 3-5 minit. Masukkan 1 bahagian stok ayam dan tambah air panas jika air stok ayam tidak mencukupi. Perasakan dengan garam secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments