Google+

oleh: syufa Rainbow Cake

Dsc04463

Bukan Rainbow Cake Biasa! =)


Created on : 11-06-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi syufa




Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )

  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
  4. 243961_10150224361283857_746218856_7355952_1468556_o
    Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  6. Sam_0699
    Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Sam_0703
    Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Sam_0704
    Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

Tag

kek

Laporan Masakan Bergambar (12)

Cake
12-09-2011
thanks for resepi..sedap..cuma sy tak pkai buttercream sy buat cream cheese frosting je.. ;)
Laporan oleh: kasihryn

wow, cream cheese frosting lg cedap! Welcome! =)

Dsc09569
26-09-2011
buat utk surprisekan birthday bestie.. outcome yg chantik and sedap! tq :)
Laporan oleh: Shayra

cantek la dear! welcome2! :)

Photo0265
30-10-2011
tq for the recipe!tp sy tmbh 3 sk baking powder n 1 sk bicarbonate sbb kek xnaik sgt..but overall,happy sgt dgn resultnye!
Laporan oleh: purplelazzz

yeke? xpe2, leh try lg but it look sooo cute tau! nice! =)

Dsc02907
05-11-2011
berjaya buat dengan sekali percubaan. hehe. mmg cantik dan senang nak buat, rasanya sama je mcm kek butter biasa sebenarnya tapi kalau nak kelainan sedikit untuk hari2 istimewa boleh la buat kek ni. thanks for the recipe! :)
Laporan oleh: seateanadya

sng kan? hihi, leceh sbb kena masak selapis2, tu je. tp puas hati! welcome! :)

Dsc03217
27-11-2011
my NONrainbow cake.. hehe,apa xnya,org buat berwarna warni.saya buat just 3colour.saja testing utk prcubaan kali pertama.hasilnya mmg puas hati.lps ni nk buat rainbow cake yg sbenar.hehe.. OWNER tq 4 this recipe!!
Laporan oleh: my1981
Cimg2333
29-12-2011
hye thanks for sharing the recipe. Sgt mudah actually xjmpa buttercream eady made. Sy juz mix butter & sugar together as a buttercream. Boleh la tp terlebey gula plak.. :)
Laporan oleh: Red Eva
Photo1040
13-04-2012
tq for resipi..br try today..suke sgt menjadi..ank2 pn suke..siap bg jiran2 lg..wat semperna besday ank..hubby pn suke..
Laporan oleh: lynnYus
Image1045
28-04-2012
Terima kasih kpd empunya resipi..ni 1st time saya buat kek, trus jadi...mmg sedap, sampaikan kawan2 cakap saya dah boleh bukak bakery..hehe..thanks!!
Laporan oleh: eijah78
Image1045
28-04-2012
Terima kasih kpd empunya resipi..ni 1st time saya buat kek, trus jadi...mmg sedap, sampaikan kawan2 cakap saya dah boleh bukak bakery..hehe..thanks!!
Laporan oleh: eijah78
Image1045
28-04-2012
Terima kasih kpd empunya resipi..ni 1st time saya buat kek, trus jadi...mmg sedap, sampaikan kawan2 cakap saya dah boleh bukak bakery..hehe..thanks!!
Laporan oleh: eijah78
Rainbow_cake
30-04-2012
da wat kek ni utk besday my beluv son.:-) cute sb warna warni.tq tn pny resepi.:-)
Laporan oleh: dianahondaz
2013-04-11-21-18-25_deco
12-04-2013
nak letak gambar jugeee
Laporan oleh: maneh


Komen (29)

11-06-2011, syaron redayu komen :

waaaaaaaaaaaa.. comel sngat.. nak try lah.. tapi mcm susah lah huhuhu..


11-06-2011, tuberose78 komen :

gula apa yg nk dikisar? gula pasir or gula halus?


11-06-2011, tuberose78 komen :

susu pekat+air tu bila nk masukkan?


11-06-2011, mimieda komen :

syufa..air byk mana nk campur dgn susu pekat??


11-06-2011, mimieda komen :

syufa..air byk mana nk campur dgn susu pekat??


12-06-2011, syufa komen :

syaron : xsusah klau ikut resepi, mcm buat kek pelangi biase, tp kita layer kan je syg. :) tuberose : gula pasir, kisar halus. pastu susu pekat + air tu masuk lepas adunan dah dicampur dgn tepung. mimieda : xkesah byk mane dear, janji susu tu jadi tak pekat sgt. :)


12-06-2011, hudahasim komen :

syufa...kte kna bkr satu layer satu layer ker..?


12-06-2011, syufa komen :

huda : yup2..msak satu layer, satu layer.. :)


13-06-2011, opahiscooking komen :

cute nyer kek ni ^.^


13-06-2011, RoseMizi komen :

Sorry yea, resipi ni macam dr blog famous yg selalu yg singgah 'cupcakekasih'


14-06-2011, bubululuwani komen :

comel la kek ni...kalau ubah buat mcm kek kukus boleh ke??


14-06-2011, syufa komen :

opahiscooking : thanksss! jgn lupa try k!


14-06-2011, syufa komen :

rosemizi : ouhh resepi ni syufa wat ikut mcm mak syufa ajar, xpenah ikut mana2 blog/resepi pun. :)


14-06-2011, syufa komen :

bubululuwani : syufa tak sure la boleh kukus ke tak, tp klau nak try syufa rasa boleh.


28-06-2011, suriseri komen :

Salam syufa,saya dah buat kek ni 2 hari lepas.pheww..lama betul saya membakar hehehe...anyway it turned out great!family semua impressed.thank u ye..nanti saya upload pic.


20-07-2011, ctadikadh komen :

2 cwn tpung n 1 1/2 gula tu klu dlm gm brape yee.x mahir guna cawan2 ni.. resepi cam buat kek butter jje yee.. buttercream tu yg dlm kotak2 tu ker? aha sori byk tye plak..


21-07-2011, syufa komen :

suriseri : really? waaaa goodjob dear! hihi.. :D ct : syufa xsure la plak dlm gm bpe, sbb syufa xbese guna gm.. =.=" yup2, resepi kek butter biase je dear, buttercream yg kotak2 tu je..hehe.. :D


03-08-2011, saiiyew naza komen :

syufa............!! sannnteq!! congratt...nt sy try oke??.. hiiikk..


22-08-2011, alyaamalek komen :

Awk, guna api oven atas bawah ke utk bakar kek?


11-09-2011, Wan risha komen :

syura, blh tk gu;a pasit tukar jd gula castor?


14-09-2011, kasih10 komen :

dah lama mencari resepi rainbow cake... akhirnya jumpa disini... terima kasih banyak2.. mudah2an dimurahkan rezeki...


26-09-2011, norhanim komen :

kalau guna susu cair x boleh ke...tak payah tambah air.


26-09-2011, Arsenally komen :

TT boleh tak bgtau saiz loyang yg TT gunakan..sbb nally nk buat bg jadi tinggi dan bulat camtu :)


09-11-2011, LyndaMar komen :

t.kasih syufa...lynda dah cuba resipi ni mmg jadi..buat birthday cake anak buah...smua kata sedap dan cantik...tp mcm mana nak upload gmbr yer...ada sesiapa blh bantu tak.


11-11-2011, sunz komen :

sy ni buat kek 2-3 tahun skali je. So nak tau la blh ke tukarkan kayer buttercream dgn cream cheese? Loyang saiz ape ye klu nk bg tinggi?


02-03-2012, anna3021 komen :

kek ni kene bakar sekali semua ke?ke 1-1?yela ade adunan kek yg kite xleh biar lame kat luar


03-04-2012, NAAH komen :

SEDAP TUL KEK


28-05-2012, edaayob komen :

buttercream nk bt mcm mne ye? dlm peti sy ade shortening + creamlite.. pastu mcm mne ye??


19-11-2012, cu_G komen :

dah buat utk besday my son...sdp sgt.topping guna resepi buttercream amik dlm MYR ni gak.tq tuan resepi


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd