oleh: DianaA Red Bean Stollen

Redbeanstollen

Resipi dari Roshayati Johari. Ramai yang telah mencuba resipi ini. Hasilnya tidak menghampakan


Created on : 09-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

  • # Bahan A #
  • 350 gram tepung roti/high protein flour
  • 150 gram tepung halus/ tepung superfine
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver (optional)
  • 1 sudu teh bread softener (optional)
  • 4 sudu teh yis kering
  • * Gaul bahan di atas sebati
  • # Bahan B #
  • air
  • 1 biji telur kecil (pukul sikit)
  • * Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram
  • # Bahan C #
  • 40g butter
  • 40g shortening
  • * Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara-cara

  1. * Cara Menyediakan Roti *
  2. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
  3. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
  4. Perap doh selama 30 – 40 minit.
  5. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
  6. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.
  7. * Cara membuat Red Bean Stollen *
  8. Step1-redbeanstollen
    Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan
  9. Step2-redbeanstollen
    Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
  10. Step3-redbeanstollen
    Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
  11. Step4-redbeanstollen
    Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
  12. Step6-redbeanstollen
    Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (12)

Roti_ulat
17-04-2007
saya buat guna left over inti nenas buat tart hari tu..tapi saya punya ni shape x cantik mcm kak D buat laa
Laporan oleh: s_shamen

shamen, wawee kreatif guna inti nenas lagi... mesti sedap... thanks for trying

Roti
23-04-2007
tq for the idea.. my kid yg tak suka kacang merah pun jadi suka..
Laporan oleh: yani

yani, cantik red bean stollen tu... thanks for trying.. hope your kids like it...

Ulatgonggok1
29-04-2007
here is my stollen red bean aka ulat gonggok! As usual...i use wholemeal bread.
Laporan oleh: Lilydvalley

lily, cantik red bean @ roti ulat gonggok. thanks for trying...

Dsc01350
29-06-2007
Silap potong doh tu rapat2..jadi cam tu lak..takpe lain kali cuba lagi sampai cantik :)
Laporan oleh: zaliana

zaliana wah lawa dah tu.. lain kali potong jarak sikit... cuba lagi sampai cantik :)

Img_1732
01-07-2007
ulat gonggok sakit hehehe
Laporan oleh: Noreen

Noreen, next time buat you potong tipis sikit and bila bentukkan tu bentukkan huruf 'U' terbalik... apa2 pun cantik tu unik designnya..

P3310035
02-03-2008
cuba lagi sekali..kali ni jadi better tahn sebelumnye :D
Laporan oleh: s_shamen
Dscf1813i
03-03-2008
memang sedap! guna inti kcg merah buatan sendiri
Laporan oleh: lemongrass
Red_bean_stollen_-_dianaa
08-03-2008
Best nya buat ni. Rasanya rangup kat luar & sgt gebu di dlm waktu panas. TQ.
Laporan oleh: AlongRoz
Baking_012
10-03-2008
Thks DianaA for the resipi. Anak2 really love it. Intinya hazel beli yg ready made.
Laporan oleh: Hazel
Caterpillar
24-03-2008
Aaaaaa..i salah method..ptt ler caterpillar i gemok semcm jerrrr..tp janji rasa mabeles..:P
Laporan oleh: arma
Caterpila
26-03-2008
2nd time wat..sbb x puas ati sblm nih..daku lepas geram..kehkeh!
Laporan oleh: arma
Dscn0040
14-06-2008
tq diana..la ni dh rajin buat roti..anak2 suka sgt.
Laporan oleh: kakfiza

Komen (8)

09-04-2007, princessharyati komen :

D .. nanti i nak trylah buat roti u ni..


09-04-2007, Mat Gebu komen :

Eh...comey sekali imbas macam ulat gonggok.....


10-04-2007, DianaA komen :

Princessharyati, cubalah nanti berikan maklum balas yek :) Mat, sekali imbas ulat gonggok, dua kali imbas its roti hehehe


10-04-2007, miasyiki komen :

inti kacang macam mana nak buat yer


10-04-2007, kakfiza komen :

Dh buat,sedap sngt2..tak rugi cuba..rasa nak buat lg...tapi x larat nak uli le...sori x smpat nak tngkap gmbar...


11-04-2007, DianaA komen :

Miasyiki, inti kacang merah tu D beli yang dah siap sedia dari Phoon Huat ataupun BWY ada dijual... kalau nak buat sendiri boleh tapi selalu D tak ada sukatan D akan rebus kacang merah sehingga empuk kemudian letak secukup rasa gula, sedikit tepung gandum (tujuan untuk memekatkan adunan kacang merah) dan sedikit minyak (untuk mengilatkan adunan kacang merah)... sediakan sehari lebih awal bila dah sejuk boleh kita bentukkan bebola dan mudah untuk digunakan... cubalah... Kakfiza, terima kasih sudi mencuba resipi nih... harap menepati selera kakfiza :)


28-04-2007, coyotemawi komen :

inti kacang sekarang ni bule beli kat kedai buat kek..tak yah susah2..


06-05-2007, DianaA komen :

betul tu coyotemawi... senang kalau beli yang dah siap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu