oleh: yani Potato Croquette

Kroket

sedap dimakan semasa masih panas. Sesuai sebagai hidangan untuk kanak-kanak.


Created on : 17-04-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh




Laporan Masakan Bergambar (11)

Image040
09-09-2006
Sedap dimakan.Terima kasih
Laporan oleh: sitiazma
Img_0440
25-11-2006
ganti daging ngan udg n buat kecik2..kejap jer abis!
Laporan oleh: nure

pasni boleh try guna udang la..

Dscf5384
14-01-2007
guna daging bole tahan la.. tp lg sedap letak tuna kot..
Laporan oleh: minami133

pernah juga guna tuna utk bento anak2.. heheh.. nak senang

Picture_746
14-02-2007
mkn pagi ni..tp jun wat versi melayu, siap rempah2 n masuk sayur2 sket, cam my sister slalu buat tp cara ikut versi yani..heheh...
Laporan oleh: junjs11

ok tu.. ikut selera sendiri..

Imgp0375
20-02-2007
buat dgn cheese... lagi senang!
Laporan oleh: skyblue

cheese ganti daging ke?

Potato_croquette
07-04-2007
Bila baca komen dan laporan masakan you all, D tak tahan godaan Potato Croquette nih. You all banyak kasi idea, D letak serbuk kari, sayur campur dan juga sumbat cheese cam skyblue buat. Sedapppppp!!!
Laporan oleh: DianaA

itulah bagusnya bila berkongsi resipi dan laporan masakan ni kan.. Potato croquette D tu dah jadi ala-ala melayu dah.. heheh

Potato_croquet
18-05-2007
nampak cantik tapi...lembiklah sikit....apa yg terlebih ni?
Laporan oleh: syahmi

terlebih ubi ke?... atau masa masak daging tu.. ada air lebih kot.. daging tak berapa kering..

Img_1921
23-05-2007
Gmbr tak terang kamera tak bgs sgt..sedap, esspclly letak cheese kat tgh2..yummy
Laporan oleh: Natto

mesti Natto menggemar cheese ni ;)

Potato
23-10-2007
Thanks yani... mmg sedap.. siap masa balik kg, rai masakkan utk famili... diorg pon suka.. rai tambah sket lada hitam yg ditumbuk..
Laporan oleh: rai
Img_0499
21-01-2008
juz dgg cincang jer kat tgh2 tu..letak sos sket masa goreng dgg tu..besh..bole mkn camtu saje..=)thanks..
Laporan oleh: zatiMJ
Image015
01-05-2008
baru je buat...sedap betul..x sia2 mencuba...sorry pki camera hs je snap gamba...:P
Laporan oleh: tucci

Komen (30)

09-08-2006, siti komen :

sedap


09-08-2006, Ana komen :

lazat


07-09-2006, julie komen :

yani, breadcrumbs tuh ada jual ker atau boleh buat sendiri? slalunya tumbuk biskut creamkrakers jer..


07-09-2006, yani komen :

julie.. selalu saya guna yg beli je.. tapi boleh juga buat sendiri macam resepi Alia ni http://myresipi.com/top/detail/51


09-09-2006, sitiazma komen :

Terima kasih, Yani. Saya dah try buat, tapi modified guna tepung potato segera dan juga daging cincang.


09-09-2006, yani komen :

sitiazma.. nampak sedap je potato croquette u tu.. time malas nanti bolehlah try cara u, guna tepung potato segera je.. good idea lah.. (>_~)


14-09-2006, Honeyizzati komen :

Yani, u tau tak macamane nak buat kentang lecek bersos? Macam kat KFC tu?


18-09-2006, snsi komen :

tepung potato tu boleh tak kalau kita gune untuk buat potato bread macam kat carrefour tu???


13-10-2006, gazelle komen :

yani, buleh frozenkan tak? kalo kite buat banyak2 pastu frozenkan, bila nak thawkan dulu pastu goreng?


16-01-2007, hzasabrina komen :

hi kak yani..mlm tdi dh buat n i frozenkn utk breakfast..i buat 2 perisa..satu ayam..satu lg udang kering yg ditumbuk..sedapp...thnks 4 d resepi..:)


16-01-2007, hzasabrina komen :

lupe lak nk ckp..i gantikan breadcrumbs dgn biskutcrumbs..hehehe..jgn dibuang biskut tawar yg dh lemau sbb ade gunanye..


31-01-2007, Ayu61279 komen :

U all nak tau,komen2 u all ni yg buat Ayu nak try resepi ni.Thanks!


14-02-2007, hzasabrina komen :

try la ayu..mesti x nyesal punye..


21-02-2007, skyblue komen :

yani... i balut cheese kat tengah2, lepas goreng cheese dah melt sikit. yum!


06-04-2007, along ain komen :

nak tanyalah..kalau tak der breadcrumbs tu...nak guna apa yer?


07-04-2007, Ringo komen :

along ain, breadcrumbs tu boleh buat sendiri. roti putih biasa tu, masukkan dalam food processor, hancurkan. masa salut tu, dia lembab, tapi bila dah goreng dia akan rangup jugak.


10-04-2007, Ekieyna komen :

Mmg besh ah..td ptg dah try wat..rmi suke n nak lagi..lg2 my sis huhu...suke sgt dia..smpi nk bw bekal g school..hehe.. Thanks ya Yani!:)


10-04-2007, along ain komen :

Mer asih ringo jawapkan soalan ain tu...ain nak cuba buat malam ni frozenkan...sok pagi buleh goreng buat breakfast...goreng pun sodap.....


11-04-2007, along ain komen :

ain dah buat..pastu maleh nak buat malam tadi..buat pagi ni..tergesa2 nak buat sebab nak kejar masa...last2..masa dah masuk kat dalam kuali baru teringat tak salutkan adunan tadi dengan tepung...alamak...jadik dia macam hancur...uwaaaa....tapi memang sodap..nak buat lagi......


24-04-2007, hzasabrina komen :

hehehe...xpe ain..leh try lg..


13-05-2007, marshmallow komen :

hehe..kitapun dah buat td..letak inti cheese cam DianaA


13-05-2007, marshmallow komen :

sedap [IMG]http://i128.photobucket.com/albums/p161/tonsulaiman/PICT0102.jpg[/IMG]


18-05-2007, yani komen :

marshmallow... upload terus kat server myresipi dgn klik "tulis laporan" sebelah gambar resipi kat atas tu..


08-07-2007, lyana85 komen :

nak buat ni..ngah rebus kentang


08-07-2007, lyana85 komen :

sedap dan rangup...


13-07-2007, lulumisu komen :

sedap nyer la hai


17-09-2007, chefmacho komen :

aku ni kira gila kentang gakkkk... biasanya aku goreng je kentang kononya nak buat cam kfc tu... pas ni nak try buat yang ni lak dengar diorang komen cam best... jak..


24-11-2007, adiezx komen :

kalo kite x gne breadcrumb 2 ley ngak? salut ngan telur macam wat pegedil?? ley x cik yani?


10-12-2007, mentari_mrh komen :

:) dah try smlm..gambo tak sempat amik..semua dah disapu oleh kengkawan hubby..thanks 4 d resepi..mmg sedap banget & mudah


02-05-2008, sweetlilly01 komen :

dah cuba buat.. sedap.. tapi rasa cam bergedel gak..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu