Google+

oleh: lynn Kari Daging

Kari

Untuk Roti Jala atau menu utama harian. Boleh juga di gantikan dengan ayam jika suka.


Created on : 13-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lynn




Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Tag

kari daging

Laporan Masakan Bergambar (17)

Kari
14-07-2006
sedap juga wpun terlupa nak letak daun kari
Laporan oleh: vdia
Img_0037
02-03-2007
Kari daging saya tak letak santan
Laporan oleh: maya_zakry
Img_1995
17-07-2007
Kari utk buat cicah roti canai ni ambik kat sini, sedap tp tmbh ngan kacang dhal hehe...sedap..tq
Laporan oleh: Natto
Kari_daging
31-07-2007
dah slalu buat sebenarnye tp baru dpt amik pic dia. feveret husband neh..
Laporan oleh: mamabebeh
Dscn5679
03-09-2008
thanks lynn..dah cuba kari ni,sedap berlemak,terasa rempah ratusnya,makan dengan roti jala...
Laporan oleh: kaya_tea
Karidgg
30-09-2008
saya memang suka gulai kari....yummmyyyy
Laporan oleh: quinnie
Kari_daging
15-12-2008
Dah cuba...saya tambah cengkih....memang sedap dan pekat kuahnya...Kegemaran Hubby
Laporan oleh: Nenie
Dsc_1940
28-01-2009
untuk lunch hari ni..........
Laporan oleh: zaina
Kari_ayam
26-04-2009
Buat lagiiiiiii...Tapi kali ni versi ayam pula...
Laporan oleh: Nenie
Kari_daging
08-05-2009
dah ade roti jala mesti ade kari daging jugak...sedap sangat...tq skali lagi... :)
Laporan oleh: kak fida
Crop_kari_daging
09-06-2009
buat pekat skit...hmmm,nyum..nyum..thanks.
Laporan oleh: lisafiq
Imag0001
12-06-2009
salam, menu lunch semalam, best juga cicah ngan roti. tq
Laporan oleh: rosaliza
01_003
26-06-2009
Lauk hari ini. Ingat petang nanti nk buat roti jala. Kalo tak pun, cicah dengan roti pun sodap :)
Laporan oleh: Mummy7857
Kkk
14-08-2009
sedappp.! :D mmg best resipi ni. saya tambah carrot.
Laporan oleh: sudutembaga
P1040341
04-08-2011
slm,wat lauk sahur semlm,sllu main campak2 jer,kli ni ikut rspi,emm sdp..tqtq ya.
Laporan oleh: Mariani(KT)
120902_kari_daging
27-12-2012
sedap sgt mkn dgn nasi panas. tq
Laporan oleh: moonbug
Dsc00957
09-06-2013
menu lunch..ganti ayam sedap!...tq lynn..
Laporan oleh: k.zila66


Komen (26)

07-08-2006, lynn komen :

hehe saya duduk jepun ni, stok daun kari kdg ada kdg tak de. so selalunya tak letak pun daun kari.. nampak menyelerakan kari ayam tu.. dah lama tak buat nih..


02-10-2006, admin komen :

kak lynn.. utk resepi ni saya ambik gambar dr laporan masakan. Bila dah ada gambar sendiri, bolehlah kak lynn delete dan tukar gambar baru.


03-10-2006, Aery535 komen :

err nak tanya...ape beza santan cair ngan santan pekat???


22-12-2006, iyos komen :

kali pertama perahan=santan pekat kali ke2 or ke3 perahan=santan cair eh ye ke?


12-09-2007, jemot komen :

a'kum..mencelah je.. selalunya saya rebus dulu dagingnya.. mana lagi sedap rebus daging dulu dgn tak rebus ye?


10-12-2007, omarrozita komen :

Salam Lyn, saya ni tak berapa pandai masak kari.. abg selalu complaint... saya nak tanya... mcm mana nak buat kari tu betul2 kow mcm kari mamak aik? Dan kalau nak pedas, guna serbuk cili atau cili giling? Saya tunggu jawapan dr lynn... Terima kasih


13-01-2008, stormbringer2020 komen :

saya juga rebus dulu daging dan campurkan dengan secawan kicap manis habhal.


06-03-2008, potgas_rock komen :

Oh yer...kalau nak lebih manis daging tu,rebus dgn 1sudu besar gula,4biji bawang putih (di~hentam) dan b'berapa halia dipotong nipis. Daging klau bleh direbus sehingga 'empok'....


22-04-2008, cate komen :

damm nice...


18-06-2008, Abu_huda komen :

nk empuk gune pressure cooker lg cepat empuk


28-06-2008, tetty1810 komen :

boleh tahu kari daging jenama aper?


20-07-2008, Eqinz komen :

Rempah paling best utk kari daging???


03-09-2008, bakso_cedap komen :

saya kalau buat kari suka guna rempah kari baba's .. sedap


30-09-2008, quinnie komen :

betul tu bakso saya pun suka guna rempah kari babas...dijamin sedap..


29-10-2008, matganu komen :

mmg sdpla bro........meow2


31-10-2008, mama ju komen :

anyway kena cuba juga kari ni walau pun tak da daun kari...baru nak belajar masak.


12-01-2009, leesya komen :

saya br je try buat....mmg sedap..dll pnh buat tp x sdp sgt...bila try resepi lynn..fuhhhh mmg sdp...


30-04-2009, purlz komen :

saye baru je blajar masak.... try resepi ni , jadik pulak.. thanks kak lynn..


20-05-2009, nzriah komen :

saya baru buat gulai daging kijang. best..ala-ala gulai kawah..daging kijang rasanya lebih lembut drpd daging lembu..sedap..kalau gulai kawah, kena letak nisan dan juga kerisik, hirisan halia dan kunyit hidup..barulah pergh...hehe sori lynn


15-08-2009, ezadzubaidah komen :

hi lyn...mcmne nk elakkan warna kari pucat..warna x cantik.pdhal sy guna santan ckit je..tq


22-05-2010, farhana&faizal komen :

tak perlu letak lada kering kisar ker..sy rs lg sedap kalu letak lps gring bwg tu...ok ezadzubaidah.. nk shre skit ek..letakla kari byk cikt..tp jgn terlalu pkt..guna rmph adabi memg sdap bangat


26-11-2010, mama aqef komen :

masak xjd2 pun...


14-12-2010, yuriosha komen :

kak lyn..rempah kari daging ape yg sedap eyh?xtau nk pilih yg mane stu..


17-12-2010, iza_Q komen :

kal lin.. iza dah buat smlm tp jadi kari ayam..tp tak guna santan coz santan berbau.. Alhamdulillah jadi..gmbar x smpat amik.. iza dah mkn dulu..


11-01-2011, feezahafeeza komen :

1stme nk mencube..


07-08-2011, sarah_zm komen :

sedap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd