oleh: DianaA Tart Gulung Magnolia

Kuihtatmagnolia

Resipi ini adalah sumbangan dari Kak Magnolia (cari.com). D dah 2 tahun berturut-turut menggunakan resipi ini untuk Hari Raya. Ia menghasilkan Kuih Tart yang gebu dan sedap! Tips bila menyediakan Tart Gulung, bila masukkan tepung jangan masukkan semua tetapi masukkan tepung sampai adunan cukup lembut dan mudah untuk anda picit keluar dari acuan tat gulung. Untuk versi yang boleh diterap, boleh masukkan tepung sehingga ia mudah diterap.


Created on : 07-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Share


Bahan-bahan ( 150 biji )

  • 500 gram mentega
  • 100 gram gula aising
  • 3 biji telur (3 putih dan 2 kuning)
  • 70 gram susu tepung
  • 750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • # Untuk Inti Jem #
  • 2 biji nenas
  • 400 gm gula pasir (ikut manis)
  • ½ cawan oren sunquick

Cara-cara

  1. Cara untuk Inti Jem - Parut nenas dan masak semua sehingga ia kering.
  2. Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu.
  3. Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung.
  5. Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap.
  6. NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (2)

Kuih1
07-04-2007
dah buat dah...tapi lupa nk amik gambar selepas bakar...hehehe...
Laporan oleh: dila81

Dila, wahhh dah buat tahniah... cam mana sedap tak?

P1010007
13-04-2007
jgn gelak ehh kak D..rupa tak cantik..tapi rasa mmg umpphhh (puji diri sendiri hehehheh)
Laporan oleh: s_shamen

unik tart shamen. Alhamdulilah rasanya menepati selera shamen. TQ sudi mencuba :)


Komen (9)

07-04-2007, Mat Gebu komen :

D..nak tanya skit, doh tat nie kalau dah siap di bakar, hasilnya rapuh sgt ke atau ok (sebab ada tu tak leh nak pegang, trus runtuh tinggal inti je). Dah lah tu kita simpan susun dalam bekas skitnya elok siap letak cadar lagi antara lapisan susunan tu, but still bila amik utk di susun dalam bekas kuih, ianya tetap reput dan rupa pun dah terurus...


07-04-2007, rogayah bostamam komen :

nak tanya sikit cik D 1/2 cawan oren sunquick tu utk ape...


07-04-2007, sitiazma komen :

D...bestnya, nanti balik Msia, saya order dengan awak jelah tiap kali raya boleh? saya ni peminat tart, selalu memilih dan berkira macam2 ciri tart.


07-04-2007, s_shamen komen :

tart nenas ni mmg favorite saya. thn lps bwk blk 1 balang dr malaysia.. smpi kt sydney, kena geledah dek airport quarantine..hancur lebur tart nenas tu.. :-( rasa nak ketuk je kepala org yang check ngan balang tu tauuu..


08-04-2007, DianaA komen :

Mat, so far dohnya tak rapuh. Kalau kita pegang mantap tak berderai sampai kat dalam mulut hehe. Jadi kalau isi dalam balang still maintain shapenya yang ayu hehe.


08-04-2007, DianaA komen :

Rogayah, 1/2 cawan oren sunquick tu untuk buat inti nenasnya ikut resipi yang Magnolia kasi dulu. Tapi untuk inti nenas D gunakan resipi sendiri :)


08-04-2007, DianaA komen :

sitiazma, nak order? terkejut D kejap. So far kalau buat untuk makan sendiri tak pernah jual kuih tart. Sitiazma cubalah resipi ini :)


08-04-2007, DianaA komen :

s_shamen alahai sayang hancur lebur tart tu. tulah time hidup kat rantauan makanan cam ginilah yang mengubat rindu :)


08-08-2007, ennera komen :

hai diana..ira pun suka tart..raye nanti nak try


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu