oleh: AZMIDA Kek Sandwich

No picture

resepi kek jem sandwich


Created on : 12-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi AZMIDA




Share


Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telor
  • 1 sudu teh barking powder
  • 1 sudu makan golden syrup
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit Jem (sebarang perasa)

Cara-cara

  1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga kembang
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan tepung, barking powder yang telah di ayak dan kemudian masukkan golden syrup.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam loyang bulat berbunga dan masak sehingga kekuning.
  6. Setelah selesai membakar satu lapisan kek bubuh jem dan lapiskan seperti sandwich


Laporan Masakan Bergambar (2)

Sany0083
26-11-2009
salam aidladha pd semua ..!sy cuba bwt kek ni hr ni utk raya sok.alhamdulillah,jd.sedap n gebu sesgt!dh lama cari resipi ni tp br skrg nk cuba bwt.thx 4 d recipe!
Laporan oleh: mini_aziz
290867_2891002080028_1409543046_3078949_1723945415_o
02-01-2012
::sememang fav. dari kecik..
Laporan oleh: she <3

Komen (12)

12-07-2006, admin komen :

Azmida. terima kasih banyak-banyak di atas kesudian saudari menyumbangkan resepi kat sini dan sememangnya dialu-alukan. Untuk memudahkan orang lain membaca resepi yang ada di sini, adalah di harapkan agar saudari dapat meletakkan bahan-bahan di bahagian bahan-bahan, cara-cara nya pula di bahagian cara-cara, dgn cara ini akan lebih menari minat orang lain untuk mencuba resepi saudari ini. sila pergi ke sini http://myresipi.com/help/isiresipi.html untuk melihat animasi berkenaan cara meletakkan resepi di web ini.


15-07-2006, Admin komen :

Azmida.. saya dah asingkan antara bahan-bahan dan cara-cara memasak untuk resepi ni.. sekiranya nak masukan resepi baru, saya harap Azmida dapat ikut cara-cara ini.


01-09-2006, NINA komen :

i think this cake is delicious


05-10-2006, emy_den komen :

azmida...kek ni tahan lama tak..sbb ingat nak buat seminggu sblum raya...nak bt sebelum blk raya...sbb ada jem tu..takut masam lah pulak


19-10-2006, rafino komen :

Ini ler kek kesukaan suami saya.. Baru cadang nak buat sabtu ni... resipi ada kat mertua.. Dah beli barang macam sama jer...


09-11-2006, minah komen :

1 cawan butter tu adakah bersamaan 1 ketul butter. Klu tak masukkan golden sirap boleh tak? Macam mana naka bakar lepas tu masukkan jem - nak kira berapa minit - adakah guna oven pemanas atas dan bawah. TQ.


01-12-2008, lilysharizet komen :

to emy_den, kek ni tak tahan lama.... kalu nk buat seminggu seblm raya, mmg x sempat la hidangkan masa raya.... kek ni plg lama bertahan pun 3-4 ari je...


19-05-2011, chik zura komen :

berapa suhu dan masa nk masak kek ni


20-05-2011, syimma komen :

~ xbpe lengkap cara mmbuat nye ... kOnfius


06-09-2011, Wan risha komen :

chik zura: tgk oven yg awak pakai mcm saya letak suhu pada 180 darjah celcius dan masa selama 30 minit tapi in between cuba cucuk kek pakai lidi utk tgk masak ke tak dalam dia.


17-11-2011, dzafa komen :

kek nie kalau nak tau tak boleh tahan ,lama-lama...sebab lepas bakar je..dah habis di makan oleh anak-anak..memang jadi..


17-11-2011, dzafa komen :

ada petua kalau nak sedapkan lagi, tambah serbuk kulit kayu manis...sikit aja jangan banyak..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu