oleh: yummiez Blueberry Triffle

Pix_282_

pilihan dessert yg sesuai untuk makan malam istimewa..hik3~


Created on : 06-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yummiez




Share


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 cawan sos blueberry
  • 1 cawan whipping cream
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan mascarpone cheese
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 biji pound cake/sponge cake (seeloknya yg bulat)
  • 2 sudu besar gula
  • 25-30 biji strawberry - dipotong dua
  • gingersnap cookies - utk hiasan, jika tiada boleh juga digantikan dgn digestive biskut

Cara-cara

  1. Taburkan 2 sudu besar gula ke atas strawberry yg telah dipotong. Gaulkan perlahan (jgn sampai strawberry hancur). Letakkan di tepi.
  2. Pukul mascarpone, whipping cream, gula kastor dan vanilla essence sehingga adunan kembang dan menjadi ringan.
  3. Potong sponge cake kepada lebih kurang 2 cm tebal.
  4. Buat lapisan di dalam sebiji mangkuk (lebih cantik guna mangkuk jernih supaya boleh nmpk layer nye hehe..). Dimulai dgn sponge cake, sos blueberry, strawberry, dan adunan mascarpone.
  5. Ulang lapisan mengikut kesukaan masing2. Biasanya tiga lapisan sudah mencukupi.
  6. Pada lapisan yg paling atas, taburkan gingersnap cookies yg telah dihancurkan.
  7. Pix_230_
    Susunkan strawberry mengikut kreativiti masing2 di lapisan atas sekali.

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

06-04-2007, niqobisez komen :

Salaam Yummiez. bestlah recipe ni. memang teringin nak buat. Tapi mascarpone cheese tu mahal sangat lah. Boleh tak ganti dgn cream cheese? lagi satu boleh tak ganti sos blue berry dgn jam? thanks...


06-04-2007, yummiez komen :

salamz niqobisez.. hm.. setakat ni belum pernah try buat dgn cream cheese and blueberry jam lg.. so tak tau nk kate ok ke tak.. maybe niqobisez boleh try dulu, and tgk camne.. kalu best, leh la teruskan wat camtu =) nnt dah wat tempek gmbr kat cni ek.. =)


06-04-2007, umi_e komen :

niqobisez... sebenarnya boleh je gantikan dengan cream cheese cuma rasanya sudah tentulah berbeza sikit dengan mascarpone cheese... umie pernah buat tiramisu yang setaptutnya guna mascarpone tapi umie gantid engan cream cheese... so silalah mencubanya - kalau nak tau rasa resipi yang diberi dicadangkan ikut bahan2 yang diberi tapi kalau nak modify tak salah mencuba :) kannnnnnnnnnnnnn yummiez :D


07-04-2007, yummiez komen :

yup2.. betul tuuu kak umie =) ape salahnye mencuba hehehe... hm tapi cream cheese rs dia mcm masam2 sket kan.. sy pun taktau sesuai ke tak utk gantikan mascarpone dlm resepi ni.. ape2 pun kene trial and error kalu nk tau hasilnye camne.. =)


06-01-2008, idacup komen :

wow...i nak try! Insyallah if dah jadi will upload pix here! Thnx sis...


06-03-2008, tulip77 komen :

mascarpone cheese... tak penah kenal mana satu :D nnt bila dah jumpa cheese nih mmg nk try la resepi nih... nmpak cedap !!!


17-10-2008, Khayatee komen :

eemmm ok gak resipi ni...tapi yang selalu Tee tengok dia tuang sama jus atau wine untuk soak kek tu supaya jadi lembab. Tee pernah makan kat rumah kawan masa gi visit dia kat Scortland...orang kita gak...dia buat sedap aaa....sos cream dia pun sedap gak...tulah dia kata bila susun kek...tuangkan jus apple/anggur, lepas tu taburkan buah2 and top ngan sos cream...ulang proses tu. lagi satu kalu nak sedap lagi campur pelbagai jenis berry, tambahkan peach and pear. Ada ke resipi sos untuk buat truffle ni? kalau ada share lah ye...tee teringin nak mencuba


05-01-2009, siha komen :

mascarpone tu apa??


19-08-2010, miszkiah komen :

nk tanya.. cm ne cara nk serve..?? takot x cantik nanti..


20-08-2010, sulia hafila komen :

mascarpone tu mmg ada jual kt psar raya ke..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu