Google+

oleh: zachoes Kek Strawberry Shortcake- Japanese-style

Kek_japanese_strawberry_shortcake

Strawberry shortcake cara Jepun yang menggunakan kek sponge yang lembut, lembab dan gebu dan diadun secara double-boiler. Kombinasi kek yang tak berapa manis bersama fresh cream yang manis serta strawberry yang masam-manis memberi rasa kelainan kepada kek ini. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-kek-strawberry-shortcake.html


Created on : 20-05-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zachoes




Bahan-bahan ( loyang bulat 8" ketinggian 3" )

  • BAHAN KEK SPONGE:
  • 4 biji telur Gred A
  • 120g gula kastor
  • 80g tepung superfine@tepung kek (terdesak boleh guna tepung gandum)
  • 20g tepung jagung
  • 1/4st baking powder
  • 40ml susu segar + 1/2st esen vanila (boleh juga 40ml air+1/2sb susu tepung + 1/2st esen vanila)
  • 40g butter, dicairkan
  • HIASAN:
  • 300g @ 1C atau lebih fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
  • 250g @ 1C lebih buah strawberry segar

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek dengan baking paper. Ketepikan.
  3. Panaskan periuk kecil berisi air hingga menggelegak. Tutup api, angkat periuk dan letak berhampiran tempat mixer anda. Ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. Pastikan bawah bekas tahan panas tidak sentuh air panas tersebut. UPDATE: Air tak perlu sentiasa dipanaskan. Adunan dah gebu boleh ketepikan periuk tu.
  4. Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam bekas lain.
  5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berseling-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
  6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan.
  8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
  9. Potong kek kepada 3 layer (lebih mudah disejukkan dalam peti sejuk dulu). Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan strawberry.
  10. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan buah strawberry di keliling kek dan di atas kek.
  11. Kek_japanese_strawberry_shortcake_sliced
    Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (9)

21-05-2011, alin99 komen :

Hai zachoes...teruja tgk kek awak..saya bab nk deco mmg fel...nk tanye lh...wat kek ni mcm nk cairkn coklat ke...cuma mangkuk mixer tu x kene mangkuk air panas tu ke...masa masuk kn tpg n susu segar pun guna cara yg sama jgk eh...kiranye sampai siap mmg wat kt atas mangkuk air panas tu lh yer....air tu mmg nk kene panas slalu ke...mtk ampun byk2 sbb byk tanye...jgn mare yer...


21-05-2011, puteri tega komen :

tgok pd cara nk sediakn yg agk sukar tu....sure kek ni sedappp sgt...teringt kt anak buah yg suka sgt nk katun strawberry shortcake tuu...


21-05-2011, zachoes komen :

alin99: hi..hehe, makaseh2. aah mcm kita cairkan coklat secara double-boiler. cuma cara kek ni tak perlu selalu atas dapur gas dan air tak perlu sentiasa panas. cukup sekadar periuk tu mendidih kita terus offkan gas. pastu letak mangkuk mixer@bekas tahan panas atasnya. bila dh pukul gula+telur sampai kembang, pucat dan 2-3x ganda, dah tak perlu pakai periuk tu lagi, leh angkat terus bekas. pastu ayakkn tepung ke dlm adunan telur, kaup blk guna spatula@mixer slow speed, sambil selang selikan dgn susu segar. harap membantu ^_^ takpe2, lbh baik bertanya dr musykil@tak tahu


21-05-2011, zachoes komen :

puteri tega: sebenarnya tak susah pun puteri. nk senang, sediakn dulu semua bhn sebelum nk buat. mula2 sediakn loyang dgn panaskn oven. kemudian sediakn tepung kek@superfine+tepung jagung+baking powder dlm satu bekas, pastu letak butter, susu, dgn tepung2 dekat dgn tmpt mixer kita jd senang nk campur2 nnt. dh sedia semua bhn tgl nk didihkn periuk je dgn pukul telur+gula. kek leh disediakn awal, jd xkelam kabut nk hiaskn nnt ^_^


21-05-2011, D'Berry komen :

Zachoes.. boleh tanya nama brand whipping cream yang awak pakai? tq :)


21-05-2011, zachoes komen :

D'Berry: Kali ni sy guna Value Pride. Link ni ada cth rupa dia :http://zachoes.blogspot.com/2011/04/fungsi-perihal-krim-putar-atau-whipping.html ^_^


21-05-2011, Hatake Kakashi komen :

ayat yg d gunakan terlalu rumit laaa..kan best law ayat nya simple sikit..


22-05-2011, cik zenda komen :

hai....kek awak ni nampak sedap....i akn cuba buat n lihat apa hasilnya...


22-05-2011, zachoes komen :

cik zenda: sila2..ada member Kongsi Resepi dah pernah buat utk Hari Guru dan katanya cikgu2 sume puji sbb keknya rasa berlainan & unik. mgkn tgk rumit sikit tp berbaloi jg buatnya, insyaAllah..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd