Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Croissant

 Submitted By On 05 April, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

semalam belajar dari kawan, my 1st trial..sungguh tak mengecewakan

Ingredients
  • 90gm gula
  • 500gm tepung gandum
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting
Instructions
  1. Masukkan tepung, gula, garam, yeast & susu kedalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Dah siap pukul, tabur2kan tepung sikit (dust), cantik2kan doh tu sikit & biarkan dia naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.

  2. Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & tutup dia atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & lepas tu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun takper..Lepas tu simpan mentega tu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jgn sampai terkeras sangat pulak mentega ni nanti, agak2..) butter ni saya lenyek panjang sangat..kalau u all buat, pendekkan sikit

    P1010001.jpg
  3. Bila doh dah ready..kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (mcm kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pasti kan doh cover kesemua butter yag kat dalam tuu.

    P1010002_1_.jpg
  4. Bila dah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ni..pastikan lipatan yang bertemu mula2 tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

    04042007.jpg
  5. Keluarkan dari fridge, canai lagi mcm proses no 3, dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit..keluarkan dan ulang lagi proses yang sama..dan kali ni..simpan overnite dalam fridge.

  6. Bila nak mula shaping..keluarkan dari fridge..dah belah dua doh seperti dalam gambar.

    05042007.jpg
  7. Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.

    05042007_002_.jpg
  8. Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).

    05042007_003_.jpg
  9. p/s - Resepi ni banyak guna tepung utk dusting, specially masa nak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita kita chill it dalam fridge.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All