Google+

oleh: khaiakmal Guru Coklat Peanut Butter Almond Crunchy

P5020408

Resipi ini resipi khas untuk homemade chocolate. Menggunakan coklat Compound/Couverture. Resipi ini ialah resipi dari saya sendiri. Tiada plagiat dari sesiapa. Copy dari blog resipi saya sendiri iaitu Blog Guru Coklat. Boleh lihat blog resipi saya untuk membaca resipi homemade chocolate yang lain. :)


Created on : 15-05-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi khaiakmal




Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
  • Badam.
  • Peanut butter.
  • Cornflakes yang telah dikisar.
  • Acuan coklat.
  • Berus mewarna/stik.

Cara-cara

  1. Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.
  2. Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong coklat.)
  3. Masukkan sedikit inti peanut butter ke dalam kelongsong coklat tadi. (Boleh menggunakan sudu atau piping bag.)
  4. Kemudian, masukkan pula badam kedalam peanut butter tadi.
  5. Tuangkan semula coklat yang telah cair sehingga memenuhi 2/3 acuan.
  6. Hentakkan acuan sehingga memenuhi ruangan bawah acuan.
  7. Taburkan Cornflakes yang telah dikisar ke atas permukaan coklat.
  8. Tuangkan lagi coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi acuan.
  9. Hentakkan acuan semula.
  10. Ratakan permukaan coklat dengan menggunakan perata.
  11. Masukkan acuan coklat kedalam peti sejuk selama beberapa minit.
  12. Keluarkan acuan dari peti sejuk, dan keluarkan coklat dari acuan.
  13. Sedia untuk dihidangkan. :)









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

16-05-2011, noor satinah komen :

thanks khaiakmal kerana share rcp,..saya nk tnya coklat compound /couverture ada dijual kt mna,..saya x penah buat coklat,teringin nk buat sndiri...


16-05-2011, meraksayang komen :

tlg bg blog resipi anda yg lengkap...blh sy search tgk..teringin gak nak wat coklat sdr...


16-05-2011, yuscomel komen :

cantiknyr coklat awk.. coklt compound tu yg camner??


16-05-2011, khaiakmal komen :

To Noor Satinah : Coklat Compound/Couverture biasa ada dijual di kedai yang jual peralatan membuat kek. :) To meraksayang : Ni alamat blog saya. http://blog.gurucoklat.com :) To yuscomel : Thanks. Coklat Compound ni biasa org guna tuk wat homemade coklat. Boleh tgk kat kedai yang jual peralatan membuat kek. :)


02-06-2011, Miez Dza komen :

camner nk cairkn coklat compound/couverture ek?sy bru nk bljr wt nii..huhuuu..


20-07-2011, rosma84 komen :

sis,boleh tahu mcmne nak buat warne2 tu mcmne??


28-08-2011, windukowang komen :

khai.. akk tlg jwbkan ye...;-) Miez Dza: kalu nk cairkan coklat ni, kena buat cara double boiling... letakkan dlm bks bwah dgn air pns, kalu air dah sejuk atau coklat dh liat2 sikit, bleh tukar isi air panas yg baru.. rosma 84: khai ni lelaki... kalu nk buat 2 warna tu, beli coklat yg dh siap berkaler pun ada jual atau beli white choc n letakkan kaler oilbase.. letak 3 - 4 titik, kaler dh ok. jgn letak byk2 sgt sbb coklat kalu kena air akan mengeras...


12-01-2012, azurazakaria komen :

tp knp coklat jd keras kalau lambat masuk dalam acuan...nak masak 2 kali pun coklat jd keras. try campur minya, menjadi tp kurang sedap.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd