Google+

oleh: Isteri bekerja Nasi Goreng Special

Sam_0274

mudah, cepat dan ringkas..cubelah bagi menambahkan koleksi resipi nasi goreng..x igt dpt resipi nie dr mana..dah lama br terjumpa balik buku resipi nie..=)


Created on : 13-05-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Isteri bekerja




Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 mangkuk nasi
  • Sedikit hirisan ayam, daging dan sotong
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap pekat (mee)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 ekor udang
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung rangup
  • Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, lobak, cili padi (bg yg penggemar pedas) dan cili merah
  • Sedikit myk utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, ayam, daging dan sotong sehingga empuk.
  2. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak atau garing, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan sos ikan. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan nasi putih tadi bersama-sama sayur. Kacau sehingga ia sebati dan masak. Ketepikan
  4. Kemudian gaul udang bersama telur yang telah dipecahkan lalu salutkan dengan tepung rangup. Goreng seketika.
  5. Sedia dihidangkan..Nasi goreng tadi bolehlah dimakan bersama-sama telur goreng dan sup kosong..








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

13-05-2011, baru_belajar komen :

tumpang tanya ya. tepung rangup tu tepung apa yer?


13-05-2011, karambit komen :

erm


13-05-2011, Isteri bekerja komen :

baru_belajar : tepung rangup tu tepung segera. Mcm tepung tempura. Tp kalo rajin bleh buat sendiri. Ader resipi di dlm MYR nie..slamat mencuba..=)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu