Google+

oleh: Nenie Daging Goreng Pedas

Daging_goreng_pedas

Lauk simple dan senang disediakan..


Created on : 12-05-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Nenie




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 cwn daging (Dihiris nipis-nipis)
  • ½ biji kentang saiz besar (kupas dan potong 4)
  • 5 sb kicap manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Seketul (lebih kurang sebesar ibu jari) nisan/gula melaka
  • ¼ sb pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk empukkan daging
  • @@ BAHAN-BAHAN KISAR @@ ~ Blend kering
  • ½ labu bawang merah
  • 2 ulas bawang bawang putih
  • 1½ sb serbuk cili

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan daging dan kacau sehingga mesra ngan bahan tumisan.
  2. Masukkan air secukupnya sekadar untuk empukkan daging.(Biasanya saya masukkan air panas, supaya daging tidak liat sebab disejukkan secara mendadak bila air biasa dimasukkan).Tutup kuali sehingga daging empuk
  3. Setelah daging empuk, masukkan kentang dan kulit kayu manis.Kacau-kacau sebati.Biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan pes asam jawa, kicap, dan nisan/gula melaka.Kemudian perasakan ngan garam.Kacau-kacau bagi semua mesra dan sedia dihidang.

Tag

daging








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

12-05-2011, zsrina komen :

mmg xde cili ek...


12-05-2011, melurputih komen :

tang mana yg pedas nyer?


12-05-2011, Nenie komen :

Salam..Oppssss...sorry, salah taip..serbuk cili bukan serbuk kari....Dah edit kat bahagian bahan-bahan kisar tu....


12-05-2011, eilala komen :

melur... pedas tang kari tu la kot. tp sikit sgt karinyee leh rasa pedas ke?? ni daging goreng ke daging rebus pedas cik nenie???


12-05-2011, eilala komen :

nampak cam sodappp.... nanti nak try resipi ni plak. pernah msk tp suka letak cili padi & pakai cili kering blend sendiri jgn hancur sgt. kari lebihkan sikit. org kelantan suka msk daging ni.


12-05-2011, reluzi komen :

macam sedapp..


13-05-2011, Nenie komen :

Salam..Actually goreng..Buh air tu just sekadar nak lembutkan daging jeee..Sesetengah org suke rebus dulu dagingnya then hiris nipis baru goreng..Tapi saya lebih suke cara sebab air dagingnya akan kering bersama2 daging itewww


13-05-2011, Nenie komen :

Emmm...bagi yang suke pedas boleh tambah lagi cilinya mengikut piawaian selera masing2...Saya ada anak-anak kecik, so 1½ sb pun sedikit pedas kat mulut diorang...sebab daging pun tak banyak tu, secawan jeee kan...


13-05-2011, liayana komen :

ni mcm masak kicap je..


13-05-2011, Nenie komen :

:)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu