oleh: DianaA Best No Bake Cheesecake

Cc7-1

Resipi ini D dapat dari Allrecipes.com tapi D olah resipinya seperti berikut untuk mengikut citarasa keluarga D dan juga untuk lebih memantapkan adunan cheesecake untuk cuaca disini.


Created on : 04-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 loyang bulat 9 inci )

  • 3 cawan biskut digestive, dihancurkan
  • 2/3 cawan gula perang, dipadatkan
  • ¾ sudu teh serbuk kayu manis
  • 2/3 cawan mentega, dicairkan
  • 2 (8 oz) krim keju
  • 2 sudu makan chocolate emulco
  • 2 sudu besar serbuk gelatin
  • ½ cawan air panas
  • 2 cawan krim putar
  • 2/3 cawan gula
  • 1 tin strawberi topping

Cara-cara

  1. Cc3-1
    Dalam mangkuk yang kecil, campurkan biskut digestive, gula perang dan serbuk kayu manis. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati. Tekan adunan ini ke dasar loyang springform berukuran 9 inci. Sejukkan sehingga biskut keras sedikit.
  2. Cc1-1
    Dalam mangkuk mixer, masukkan whipped cream dan pukul dengan kelajuan laju sehingga ia kental. Angkat dan ketepikan.
  3. Serbuk gelatin dicampurkan dengan air panas dan dikacau sehingga ia larut. Ketepikan.
  4. Pukul krim keju, gula, chocolate emulco sehingga sebati. Masukkan bancuhan gelatin yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga sebati.
  5. Cc2-1
    Akhir sekali masukkan krim putar dan pukul adunan sehingga ia sebati dan rata.
  6. Cc4-1
    Tuang adunan keatas biskut yang telah disediakan dan sejukkan didalam peti sejuk selama berapa jam atau semalaman. Sebelum dihidang tuangkan topping strawberi dan kemudian keluarkan cheesecake dari loyang springform.
  7. NOTA: Sekiranya anda inginkan cheesecake perasa original gantikan 2 sudu makan chocolate emulco dengan 2 sudu makan jus lemon. Dan boleh juga gunakan topping blueberi. Bergantung kepada jenis krim putar yang anda gunakan, sekiranya cheesecake anda agak tidak mengeras dan mantap, boleh masukkan kedalam freezer selama 1 jam dan kemudian keluarkan dan potong dan hidangkan.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (2)

No_bake_best_ccake
24-04-2007
mmm...lazat!
Laporan oleh: alma

wahh alma dah cuba... thanks for trying... cantik je dengan toppingnya

07042007_030_2
25-04-2007
sedapla.. tapi takde strawberry topping, i guna jem strawberry yg dicampur dgn air n dipanaskan.. anak² i mintak suruh buat agi.. tq D.
Laporan oleh: zara_klate

zara, kreatif you gunakan jem strawberry... hope you like it. thanks sudi mencuba...


Komen (25)

04-04-2007, alma komen :

aaa....k D, ni pun peveret my family...!!! ni yg k D kategori kn 5 star pny resipi tu kan? nnt kalo wat lg alma tempek gambo laporan ehh...errr..lama dh nk tanya, kitchenaid k D tu brand pe? rege brp? hehe kuor tajuk sat... masa wat bttrcream tuk swissroll tu yg letak ais batu tu, tak rosak ke pemutar kitchenaid k D? alma guna hand mixer jer...


04-04-2007, DianaA komen :

Alma, haa ini resipi memang senang nak buat... adik saudara Kak D sampai belajar buat lepas tu dia jual dalam tupperware... Nanti dah snap gambar tampal sini jadi kawan2 yang lain bersemangat nak cuba... Kak D guna kenwood major Alma, kalau tak silap harga kat SG dalam 900 +, kalau kitchenaid hari tu Kak D usha2 tak silap dalam 700+ lawa youuu macam2 warna ada... buttercream swissroll tu bila letak icecubes tu dia tak rosak :) kalau guna hand mixer pun InsyaAllah boleh... Alma masukkan ais tu satu persatu nanti bunyi kat dalam mangkuk tu kelenting2, agak2 dia dah larut masukkan lagi satu :) boleh faham tak?


04-04-2007, alma komen :

ha-a, mmg sng tu yg cpt menerai tuh, sedap la pulak! oic..alma tgh survey2 kitchenaid ni, tu yg tny2 tu. ooo gitu eks,,,masuk satu persatu...anak2 alma lama dh tny, "bila mommy nk buat swissroll leopard yg auntie D pny?", xsabor2 dh nk makan..adehh (alma bkk website k D & depa tgk, terliurrrr trusss)


04-04-2007, Mat Gebu komen :

D...u join sini senang skit kami nak tanya...u kam kira xpert bab2 masak nie....kalau mat setakat boleh dan gitu2 aje...hehehehe....mat pun ada juga menziarahi blog u diana....xcelent resipi kat sana.....


04-04-2007, masliana komen :

nampak senang.. cuma nak tanya D, biskut digestive tu biskut ape? & serbut gelatin tu bole tak tukar dengan bahan lain? kat sini susah nak cari..


04-04-2007, princessharyati komen :

nampak yek lagi meriah myresepi.com kita.. best yek ramai kwn2


04-04-2007, zara_klate komen :

wahh. diana da join myresipi la! selama nie i slalu tengok blog u. =)


04-04-2007, alma komen :

masliana, kalu di sini McVities tu tp xder ler nmpk cop halalnye, bila was2 tu yg alma xpenah beli (i ganti biskut marie/oreo je..).


04-04-2007, Ayu61279 komen :

nape ayu susah tul nak masuk blog kak D ek?


04-04-2007, Lilydvalley komen :

hehehe alma, i pun guna marie aje. s'how i like biskut marie better than digestive. Family i pun sama. Diana guna kenwood...sama gang ngan k umie.


04-04-2007, DianaA komen :

Alma, resipi swiss roll tu boleh dapat banyak kalau nak cuba buat 1/2 adunan dulu. Dari segi rasa memang sedap dan lembut... cubalah ye :) Encik Mat, you punya resipi kat sini pun hebat2 belaka, seronok D browse tadi... terima kasih sudi jenguk ke blog D yang tak seberapa tu... Masliana, biskut digestive tu guna jenama McVites, bleh juga digantikan dengan graham crackers, biskut oreo, marie dll ikut selera masing2... Gelatin tu boleh tukar kepada serbuk agar2 kalau susah nak dapat yang halal... Princessharyati, tulah meriah benar kat sini ramai... zara, tuler D ketinggalan ketapi baru tahu dari my cousin ada website nih *malu* Ayu, you tak boleh masuk blog? ini linknya kalau www.resipidiana.blogspot.com so far blog tak ada problem nak masuk...


04-04-2007, s_shamen komen :

kak D kat sg pakai gelatin brand ape? any idea nak beli kat mana gelatin tu kalau kat malaysia? ingat nanti balik singgah ke malaysia nanti nak cari juga laa..kat sydney ni...gelatin mcKennzie tu mcm halal sebab dia tak tulis buat dari animal. tapi saya rasa mcm was-was nak beli, advise pls..


04-04-2007, zaliana komen :

tolong jawab untuk s_shamen..gelatin boleh beli dari halagel..yang dijamin halal 100% iklan dia ada kat atas nih...trylah klik kat iklan tu...buat bayaran online & nanti diaorang poskan..


04-04-2007, s_shamen komen :

oowhhh thx zaliana..*malunyerr* tak tergerak hati nak open iklan tuu..taksub sgt dengan resepi2 kat dalam ni hehhehheeee


04-04-2007, DianaA komen :

s_shamen, betul kat zaliana boleh order online dengan halalgel... Alhamdulilah sekarang dah mudah untuk yang berada diluar negara mencuba resipi yang menggunakan serbuk gelatin... sekiranya susah nak dapatkan boleh gunakan serbuk agar2... kalau kat SG Kak D selalu beli di Phoon Huat ada serbuk gelatin yang halal ada logo dari MUIS :)


04-04-2007, s_shamen komen :

kak D, kalau nak subsitute ngan agar2..apa measurement nyer?? tapi sama ke mcm guna gelatin tu??


04-04-2007, DianaA komen :

s_shamen, kalau guna serbuk agar2 boleh gunakan 2 sudu besar :)


04-04-2007, s_shamen komen :

tq kak D


04-04-2007, Mat Gebu komen :

D....mat pun byk juga belaja dari blog u tu dan myresipi nie.....org perempuan niekan kakau memasak memang ada seni dan citarasa mereka kan, kiranya mat sejak2 nie dah byk juga lah tau teknik2 dan cara2 memasak dari yg xpert2....Allah memang dah kurniakan kelebihan pada kaum hawa nie kan....syukur alhamdulillah!!!


05-04-2007, DianaA komen :

Mat, bukan orang perempuan sahaja ada orang lelaki lagi pandai masak dari orang perempuan... lebih dari seni cara mereka sediakan juadah tu... yang penting kita kongsi dengan ikhlas untuk dimanfaatkan semua... D pun banyak belajar gak dari resipi2 kat sini pun best2 belaka...


05-04-2007, s_shamen komen :

mat..pada saya..org lelaki..kalau dia dah minat dalam keje2 perempuan ni..biasanya hasil yang diorang buat tu lebih terserlah..lebih creative..tgk je la resepi2 yang cik mat share kat sini..so tempting..


01-06-2007, cuppycake komen :

kak D, kalau pukul whipped cream gune tangan tak guna mixer boleh tak?kek jadi tak?biasa laa...rumah bujang tak ad mixer..reply a.s.a.p yer..nak buat utk papa`s b`day laa..


29-06-2007, DianaA komen :

cuppycake :( sorry Kak D lewat jawap... kalau pukul guna tangan tak boleh la dik takut tak kental... kena guna high speed mixer...even hand mixer pun ok... nanti ada masa cuba try ya.. kena pukul whipped cream tu sehingga terbalikkan mangkuk tak jatuh cream tu...


07-11-2007, kilun komen :

Kak D guna whipping cream brand apa.....kilun x jumpa pun yg ada logo halal...


07-11-2007, ishikawa_ayumi komen :

kliun, i ada jumpa whipping cream yg ada logo halal.. it's anchor's whipping cream. n it's non-dairy whipping cfream. nti i check dlm fridge i, kalau still ada, i try attach kt glossary.. ok :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu