oleh: DianaA Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam+masak+lemak+cili+padi

Inilah resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Style Bonda D.. Boleh you all cuba, bila mak mentua lalu belakang pun tak perasan tawwww…


Created on : 03-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 1 liter santan
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat empat
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
  • Bahan untuk dikisar
  • 10 batang cili padi merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
  5. Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (5)

Ayam
18-05-2007
boss kata sedap.. maknanya bolehlah masak lagi..
Laporan oleh: yani

mekacih sudi mencuba yani... lain kali boleh masak lagi :)

Img_1855
18-07-2007
thanks D sodap
Laporan oleh: Noreen

Noreen, fuhh tengok pun buat D terliur nih.. thanks for trying...

Cilipadi
01-09-2007
senang dan sungguh sedap! tq...
Laporan oleh: minami133

minami133, terima kasih sudi mencuba... cantik je warnanya..

Abcd0006
23-02-2008
msk tghr td..thanx kak d..=)
Laporan oleh: jacaranda
Img_0616
05-11-2008
Pedas tapi yummy......10Q for sharing
Laporan oleh: Mummy Su

Komen (7)

03-04-2007, princessharyati komen :

Diana sekali keluar 5 sekali resepi.. ni resepi dalam koleksi or hari ni punya lunch or ada open house.. byk yek.. resepi lepas ni bg lagi ok.. best ;-)


04-04-2007, Ayu61279 komen :

hm....diana ni princess ada blog dia s'diri tau.ayu ada gak gi sana tp slalu tu ssh nak login.tak tau nape


04-04-2007, DianaA komen :

princessharyati, ini resipi yang D dah cuba dalam koleksi ada kat my blog dan juga forum... nih suruh my adik masukkan kat sini... beliau rekomen this website suka sangat dia kemari :-) Ayu, tak boleh log in forum ye? Kalau nak activate your ID beritahu D ya :-)


05-04-2007, Ayu61279 komen :

ayu dah leh login kak D.hm...sape nama adik akak tu? mana la tau kita org kat sini kenal ke


05-04-2007, DianaA komen :

Ayu, my adik tu tak register kat sini. Dia masuk web nih suka tengok. So dia guna ID Kak D kalau nak tolong uploadkan resipi :)


27-04-2007, faazoo komen :

esok boleh cuba hehe


04-09-2008, Kakde komen :

bru try td...lauk buke puase..best+sedap!!!thanks D!!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu