Google+

oleh: DianaA Ayam Lada Hitam

Ayamladahitam

Resipi ini dari Mami Asmah Laili. Pertama kali D cuba memang sedap!!! Boleh dihidangkan bersama nasi putih ataupun roti.


Created on : 04-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
  • 2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam
  • 4 sudu makan kerisik putih
  • 1 sudu makan lada serbuk
  • 1½ sudu teh serbuk jintan halus
  • 1½ sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 3 biji tomato, didadu
  • 1 jari kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
  • 1 pelepah daun ketumbar, dirampai
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan minyak kanola
  • Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
  3. Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air.
  4. Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
  5. Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1352
27-07-2009
saya rasa.. lebih sedap kalo tak letak kerisik.. anyway thanks for the resepi
Laporan oleh: tfsalihah


Komen (3)

06-03-2009, Nenie komen :

Salam...D...tanya sikit...kerisik putih tu camne ya rupa dia?


06-01-2011, mynaniey komen :

ye la nenie..x prnh dgr kerisik putih...mgkn kelape yg blm dgrg tp tumbuk terus..


08-08-2011, diana_79 komen :

macam sedap.. i nak cubalah..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd