Google+

oleh: mazurah Donut cheese

Donut_suria

sesuai juga dijadikan sebagai base pizza


Created on : 03-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mazurah




Bahan-bahan ( 25-30 )

  • Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu besar susu tepung
  • Bahan B
  • 190ml air suam
  • 2 camca teh instant yeast/ mauripan

Cara-cara

  1. Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
  2. cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
  3. Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
  4. kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (8)

Donut2
03-04-2007
Baru nak cuba upload gambar, maaf jika ada kekurangan. Ini Donut Cheese yang D dah buat. Sedap dan lembut sampai keesokkan harinya
Laporan oleh: DianaA

tangan Diana ni memang tangan pandai memasak buat apa pun menjadi.

Cimg2110donut
04-04-2007
amboi sedapnya .. terasa makan donut lembut dengan rasa creamy lagi . fantastiklah.. i buat half adunan.. ingatkan byk rupanya tak cukup sb yg mkn i n hubby jek.. 5 minit finish..
Laporan oleh: princessharyati

mazurah buat 1 adunan untuk breakfast...licin

04042007_001_1
05-04-2007
mmg sedap donut nie.. lembut n senang nak buat.. lain kali nak try buat dgn inti lain plak..
Laporan oleh: zara_klate

terima kasih kerana mencuba

Donut-lembik
05-04-2007
Semalam buat tapi tepung terlembiksangat :( langsung tak boleh nak bulutkan... masukkan dlm minyak panas cam masukkan jemput2 hehehehe tapi tetap kembang cuma tak ada isi cheese je :(
Laporan oleh: umi_e

cuba guna 3/4 cawan air sahaja

Picture_1298
05-04-2007
wat semalam..d easiest recipe..so far. tq.
Laporan oleh: junjs11

thanks for trying

Image072
24-05-2007
dah 2-3x buat..mmg lembut..thanx..
Laporan oleh: mrsdayat

try lak buat pizza

P1050264
24-06-2007
mmm...nie hasil nyee slepas bkr lak...sdap tp mampat sgt kot...mbe slh sukat pepe huhu...but look delicious hehe(^_^)
Laporan oleh: syaz

memang nampak yummie

P1010640
29-07-2007
takde filling lupa nak beli cheese. donut ni mmg sedap dan lembut.TQ
Laporan oleh: miza

tak letak filing pun memang ia dah sedap..betul tak?



Komen (38)

03-04-2007, mazurah komen :

Donut ni mazurah suka buat sebab senang nak ingat resepinya dan dari segi rasanya lagi sedap dari dunkin donut(pada tekak mazurahlah).kelembutannya boleh tahan dari pagi sampai petang


03-04-2007, umi_e komen :

waahhhhh ni mesti kena try tapi kalau tak letak fillings boleh agaknya eekkkk - buat cam dinut biasa je...


03-04-2007, mazurah komen :

boleh umi.tak jadi masalah...kita yang buat dia bukan dia yang buat kita..he..he..he


03-04-2007, admin komen :

mazurah, thanks kerana sudi berkongsi resepi di laman web ni. Untuk memudahkan orang ramai baca resepi ni, kalau boleh tolong letak cara-cara di bahagian cara-cara yer, bukannya di bahagian bahan-bahan, thanks again.


03-04-2007, zaliana komen :

cam menarik lah....baru je tepikir nak wat donut...bolehla try resipi ni.


03-04-2007, DianaA komen :

Resipi ini adalah asal sumbangan dari Kak Suria Insani (Resipi.Net). Lagi satu resipi top rated 5 bintang yang harus D berikan untuk resipi ini. Resipi ini ramai yang telah mencubanya dan donut ini maintain lembut walaupun kalau dimakan keesokkan hari. Cara membuatnya pun mudah, selain dijadikan donut ia juga sesuai dijadikan base pizza. Kepada Kak Suria, terima kasih berkongsi resipi yang sedap ini. D dah buat berbagai versi inti untuk dijadikan donut tapi buat masa ini D kongsi inti yang mudah dahulu iaitu inti cheese. Fuyooooo sedap tak caya cuba.


03-04-2007, mamazai komen :

Betul tu D mamazai dah buat beberape kali. Dah buat base piza, inti chocolate n ayam black pepper . Wow my anak2 semua suka. Tks 2 Kak Suria. U all semua mesti cuba jgn tak cuba. kerenti sedap.....


03-04-2007, syahmiee komen :

i tengah try buat donut u ni....tp xde minyak sayuran.So i tukar dengan majerin...Boleh tak mazurah?


04-04-2007, princessharyati komen :

syahmiee boleh jugak guna.. or ganti dgn majerin... / butter


04-04-2007, junjs11 komen :

cam sedap..nak tanya..kalu uli pkai tangan, lepas uli trus wat donut ye, x perlu rehatkan?


04-04-2007, umi_e komen :

umie buat donut ni TAPI kenapa terlembik??? Padahal umie dah ikut ukurannya... umie bubuh dalam breadmaker cam dalam resipi (ermmmm malu beb buat tak jadi :( sebab guna breadmaker yang hb baru beli tadi konon2 minta beli yang lebih besar supaya boleh selalu buat donut - hb suka makan donut >>> pastu tak menjadi pulak :S


04-04-2007, mrsdayat komen :

nak tanye..kalau nak buat donut yg ade filling mcm dunkin donut tu..time bile nak masukkan filling nye yer..pastu...buat mcm isi inti pau ke?


04-04-2007, fymein komen :

guna cheese apa ek? dlm senarai bhn tak der tulis cheese pun... 'cheese potong 4,6,8' tu apa ek? tak brp phm la...


04-04-2007, mazurah komen :

asm n selamat pagi DianaA n mamazai...resepi bestkan resepi ni.. syahmiee ..boleh gunakan marjerin spt yang princesshayati katakan..mazurah kalau tak ada gula castor..mazurah letak gula pasir..alhamdulillah menjadi juga. jun11..betul tu..bila dah buat btk donat baru rehatkan sekejap. umi..adunan ni memang lembik sikit ..tangan kena letak tepung masa nak buat bulat..kalau nak terap guna air 3/4 cawan sahaja ..insyaallah jadi..cuba lagi..jgn sedih...mazurah tak berani nak letak resepi selagi tak mencubanya berkali-kali. mrsdayat..filling ni kita letak seperti kita buat isi pau...yang filing dunkin donut ni ..ia guna teknik injrct if tak silap mazurahlah. fymein..guna cheesedale..yang selalu orang letak kat sandwich tu..


04-04-2007, princessharyati komen :

umi_e.. i buat pakai breadmaker mmg lembik adunnan dia.. tapi i uli guna tepung pd tangan.. boleh .. tu haa dah jd mcm dlm gambar


04-04-2007, princessharyati komen :

umi_e (tapi i uli guna tepung pd tangan.. boleh .. tu haa dah jd mcm dlm gambar)----- uli doh menjadi kecil2 mcm dalam gambar dan i guna cheddar cheede. mcm dlm glossary fymein


04-04-2007, DianaA komen :

Mamazai, betul tu resipi ini boleh kita pelbagaikan intinya. D nak tanya kalau nak share Donut Blackpepper Chicken dan Donut Inti Coklat kena buka resipi baru atau boleh letak sini? Err kat sini kepada siapa nak bertanya? Tulunn anybody?


04-04-2007, DianaA komen :

Umi_e, D tolong ya. Kalau gunakan breadmachine masukkkan semua bahan2, sukatan yang Mazurah berikan tu InsyaAllah just nice. Tetapi jika adunan lembik, ambil dalam 1 - 2 sudu besar tepung gandum dan masukkan waktu ia tengah mengguli. Kadang2 kadar kelembapan tepung yang kita gunakan. Jadi kalau dah tambah tepung sikit nanti adunan tu akan jadi licin dan gebu. D ada contoh gambar tapi D tak tahu nak letak kat sini macam mana :(, kena upload kat laporan masakan ke?


04-04-2007, DianaA komen :

mrsdayat, kalau donut yang ada filling jem dll, sebaiknya donut digoreng kemudian baru cucuk donut dan pipekan jem, kalau nak isikan jem/ filling kena tutup dengan rapi jadi bila goreng fillingnya tak terkeluar :)


04-04-2007, mrsdayat komen :

ooo..maksudnye kna goreng dulu...baru masukkan inti la yer..tq. diana..kalau resepi diana tu lain dr resepi ni...kane la d bukak resepi baru...:)


04-04-2007, Lilydvalley komen :

mrsdayat, silap tu... kalo nak masukan filling kenala letak filling dulu baru goreng. mcm kita buat kuih pau, kena masukkan filling, baru kukus. sama je conceptnya.


04-04-2007, umi_e komen :

TQ D... Insyaallah umie cuba lagi nanti sebab hb suka sangat donut... dah dapat breadmaker baru kenalah buat selalu sampai hb muak nak makan donut hahahahahhaha Diana... kalau ada resepi dan cara buat donut yang berbeza dari ini bolehlah letak kat MR & kalau boleh tunjuk step by step lagi best... barulah umie clear sikit sebab orang tua ni blur memanjang hehehehhehe


05-04-2007, zaliana komen :

i dah try wat semlm...memang lembut...bubuh inti tuna..tp tak pandai balut inti kemas2...jadi belah bawah donut tu tak smooth...tu yg tak antar laporan...lain kali kalau dah perfect i repot kat sini..


06-04-2007, mamazai komen :

Hai D, mamazai pun ambil resipi dari Internet insyallah akan mamazai berikan resipi nya . Mamazai dah olah kan sikit resipi nie gunakan 2sm butter dan 1st makan minyak sayur dan sidikit garam baru rasa sedap sedikit kalau tidak tepungnya rasa tawar sedikit. Anyway I already try adun makan tangan n gunakan mesin kerana mamazai tak breadmaker. Both menjadi dah cuba berkali2 sampai jelak dibuatnya hehe


06-04-2007, zieana ariff komen :

blk keje smlm sy terus gi beli bhn, tringin sgt nak buat sbb hb suka cheese. uli guna tgn jer, xder breadmachine tapi jadi gak..gebu mak aiii..ptg ni nak cuba buat inti sambal bilis, mesti best...


07-04-2007, suria33 komen :

thanks maizurah and D promote my resepi kat sini pulak...mudahan semua mendapat manfaatnya.... saya pun dah buat business donut cheese frozen guna resepi ni...asalnya utk makan sendiri di frozenkan senang bangun pagi goreng aja, bila kawan start mengorder terus jadi business sambilan yang tetap pulak....alhamdulillah...


10-05-2007, Rahmawati komen :

dah cuba, anak2 sume suke...bwk gi sekolah kwn ank2 kate beli kat Dunkin Donut ke...filing letak cheddar cheese, keep frozen sok goreng lg ngam.


25-05-2007, along ain komen :

alamak....ain dah buat pagi tadi...frozenkan.....kuarkan dari peti ais..terus goreng,....luar dah masak..tapi dalam tepung macam basah lak....alamak....tapi memang lembut...nak cuba lagi...buat pastu terus goreng...hu..hu..hu...


09-06-2007, nOOrsha komen :

walllaaaaaaaaaaaaaa!!~ resepi ni memang best gile... buat malam tadi, pukul 11 pm menguli.. hehehe... kununnye malas nak makan malam, at last malam tadi rase boring sangat, perut pun sedang² kosong je, so belek² myresepi... teringat ade mozarella cheese kat ice box... terus je menguli.. i buat 1 mangkuk tepung je sebab makan sorangg..pastu tambah softener sket n majerin... tapi memang best gilerrrr....nak² makan time panas, syok pulak tarik² cheese tuh... resepi ni i bagi 5 bintang!~


09-06-2007, nOOrsha komen :

sorii..1 cawan tepung bkan 1 mangkuk.. typing error


23-06-2007, syaz komen :

sy wat xjd ler... ble goreng, xmsk pon kat dlm 2... npe? sy gne marjerin... len ke hasilnyee klo gne lemak sayuran? huhuhu=(


26-06-2007, nOOrsha komen :

syaz.... i pun gune majerin... ok jer adunan tu....


01-12-2007, nurnikisha komen :

sedap sgt...gebu sampai petang...lembut..yummylicious!!!hheheh..tq..kish buat tadi letak inti sardin separuh...syedapppppppppppp...:)


10-07-2009, mama iwan komen :

first time cuba resepi ni. memang sedap & lembut.Anak2 suka.thanks.


05-09-2009, Laurent komen :

nak tanye. adunan donut tu letak gula ke tak?


28-04-2011, hanan87 komen :

klu letak creamcheese blh jgk kot ek? yg tu je ade d umh skrg..


31-12-2011, nikfatimah komen :

kalau nak simpan dalam peti kena letak tempat sejuk beku ker???ke temapat biasa pon boleh???


20-09-2012, kaiyisah2003 komen :

salam saya org baru dlm grop ni ,tgk resepi ni menarik ramai yg bg 5 star,jd blh lah nk mencuba.tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd