Google+

oleh: Noreen Rendang Tok

Img_0311

Resepi nie dah dicampur dan diolah sendiri


Created on : 03-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Noreen




Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
  • 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan2 kisar:-
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar/teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar/teh jintan putih
  • 1 sudu besar/teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 20 biji bawang kecil

Cara-cara

  1. Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
  2. Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
  3. Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
  5. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
  6. Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
  7. Perlahankan api dan kacau hingga kering.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (1)

2014-04-12_16
14-04-2014
first time masak rendang tok wpn asal dr perak. kelapa keping tu xde. tp hasilnye mmg sdap sgt2, puas ati. berbaloi tunggu kering smpai dkt 4 jam. tambah daun kunyit jgk. hb ckp bleh wat utk raya nnt. tq noreen. lps hajat nk mkn rendang tok ni..
Laporan oleh: moonbug

Komen (17)

03-04-2007, Noreen komen :

kalau ada daun kunyit nak letak pun boleh utk ambik bau.


03-04-2007, umi_e komen :

wahhhhh jadi juga rendang tok noreen eekkkkkk mesti sedap ni!!!!! tapi dha tak 'tok' lah noreen sebab noreen dah oleh sendiri heheheheheh :P


03-04-2007, alma komen :

>>bravo noreen! akhirnyer ^_*, sori i xdpt buat awal, dh tumbang 6hari, lgsg hancusss plan hehe >> k e, dia yg tercari2 resipi, dier sdiri yg dpt & masak sdiri hehehe.


03-04-2007, junjs11 komen :

sian nyer alma...hmmm...menggoda plak la rendang tok noreen ni..isk isk....cam terasa j makan..ekeke...


03-04-2007, Lilydvalley komen :

yeah! noreen dah berjaya buat rendang tok.


03-04-2007, princessharyati komen :

sedapnya kalu mkn rendang lomang


03-04-2007, hzasabrina komen :

emmmm...akhirnye tercapai cita2 k.noreen wat rendang tok..congrats!


03-04-2007, zara_klate komen :

at last berjaya jgk noreen uat rendang tok nie. =)


03-04-2007, Noreen komen :

resepi nie noreen mixkan dua resepi menjadi satu. ialah ada bahan2 yg tak ada noreen tak letaklah kat situ. tapikan makin hari makin sedap rasa rendang tok nie. ialah kalau ada lomang baru sedapkan apa kan daya kita duduk di rantau org hehehehe.


25-08-2007, alyna_amyra komen :

ni masakan org nogori kerk??


13-09-2007, dara pujaan komen :

cam sedap jer..nak try ar..


30-09-2008, borneocuty komen :

Thank you Noreen..I nak masak rendang dading resipi Noreen malam nie untuk Raya besok.! I lupa cham na nak masak rendang sebenar nya.. and yours i think is the most suitable one.. Thanks again. Selamat Hari Raya to you and your family...! Salam.


10-11-2010, kilatan komen :

hari raya ini saya akan cuba untuk masak rendang tok ini.terima kasih


01-12-2010, zakir_hanif@yahoo.com komen :

sedap btol la resepi ni terima kssih la pd pmiliknye


24-01-2011, hunny bee komen :

mcm cdap jew..terliur rasa..hee..nie resepi lama nie..raya cina pown wat pown sodap!!!!!


15-11-2011, zulbikers91 komen :

fuhh,,cemplete,,perfect,,mekasih ye,,read pown mcm sdap,,sy try dlu ye,,


04-07-2012, noor.azian.900 komen :

nampak mcm sdap je,boleh try ni!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd