oleh: kak fida ♥Talam Pulut Kuning Berlauk™

Talam_pulut_kuning_berlauk

Kalau ada lebihan pulut kuning selepas kenduri-kendara tapi dh tkde lauk nk dilawankan,boleh ler cube kuih talam ni yer...atau boleh buat pulut kuning dgn cara mudah yg akak sertakan sekali dlm resipi... :)


Created on : 27-04-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak fida




Share


Bahan-bahan ( loyang 10 inc )

  • LAPISAN PULUT KUNING :- (ATAU 1.2 kilo pulut kuning siap masak)
  • 600 g beras pulut - cuci bersih
  • 350 ml santan (100ml KARA + air)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - dikerat2
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1 sb pewarna kuning lemon*
  • 1-2 keping asam keping*
  • LAPISAN ATAS :-
  • 975 ml santan pekat (400ml KARA + air)
  • 75 g tepung gandum
  • 105 g tepung beras
  • 2 biji telur kecil - (atau 1 biji telur besar)
  • garam secukup rasa
  • BAHAN LAUK :-
  • 1/2 kilo daging cincang - cuci dan toskan
  • 2 ulas bawang kecil*
  • 1 hiris halia*
  • 1 sk campuran jintan halus dan kasar* - disangar (tumbuk bersama bahan2 yg bertanda*)
  • 1 sk serbuk lada putih
  • BAHAN TABUR :-
  • secukup daun sup,daun bawang,cili merah yang dihiris halus dan bawang goreng
  • ***Masak bahan untuk lauk seperti biasa hingga kering dan sejukkan.

Cara-cara

  1. Talam_pulut_kuning_001
    UNTUK LAPISAN PULUT KUNING :- rendam beras pulut dengan bahan2 yg bertanda selama 2 jam, toskan dan campurkan dengan santan,garam dan daun pandan dan kukus selama 20-30 min,keluarkan pulut dan arunkan rata2 lalu kukus lagi 5 min atau hingga masak.
  2. Talam_pulut_kuning_006
    Gaul pulut kuning dengan 1/4 bahagian lauk daging hingga rata dan padatkan di dalam loyang yang dialas daun pisang dan digris.Kukus lagi dengan api perlahan sementara menyiapkan lapisan atas.
  3. Talam_pulut_kuning_009
    UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan santan dan tepung2 dan tapis.Masukkan telur dan garam dan 1/2 bahagian lauk dan 1/2 bahagian bahan2 taburan dan masak hingga naik wap sambil dikacau.Tuang ke atas lapisan pulut kuning tadi dan tabur lebihan lauk daging dan lebihan bahan taburan dan kukus terus hingga masak lebih kurang 30 min.
  4. Talam_pulut_kuning_010
    Biar kuih benar2 sejuk,potong dan hidangkan.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Picture_565
13-05-2011
akak dah bt 7 mei dulu baru skg ingat nak pos.. walla... memang sedap x terkata.. nyum nyum
Laporan oleh: norlieU8

nmpk brselere dgn topping yg bnyk tu...heee..mekaseh norlie krane dh mncube... :)


Komen (11)

27-04-2011, tasriffyra komen :

alamak kak..mane pict nye nieee.......baru nk melelehh ayo liuq niee


27-04-2011, tasriffyra komen :

kurengg cleaqq la kakk fida..hihihhi


27-04-2011, kak fida komen :

tasriffyra...gmbr yg ade pon tk clear jugak...mase tu lagi pagi, nga kelam-kabut dh nk anto kuih2 g ke majlis knduri...dpt petik gmbr pon asal boleh jer...slmt cuci mate yer...heheeee... :D


27-04-2011, kakbesah komen :

salam kak fidaaaa, kalau dekat, kakbesah teringin nk beli je ngn k.fida.. huhu.. ntah bila la nk dpt buat ni...


28-04-2011, noor satinah komen :

kreatifnya.. msti sdp, pulut ni my favourite,..tak trfikir lak wt cmni ye,thanks kak fida utk resepi ni,..


28-04-2011, sukasuka komen :

sedapnya.... kalau dpt sarapan dgn talam pulut kuning ni....


28-04-2011, norlizah65 komen :

manpak sedap ja, saya akan cuba.


28-04-2011, kak fida komen :

salam jugak buat kakbesah...syiannyeee...klau kakbesah dkt,sebut jerrr.. anytime akak boleh buatkan... :) :)


28-04-2011, kak fida komen :

noor satinah...saje2 mempelbagaikn pulut kuning...klau minat boleh ler cube....slmt mencube yer...mekaseh... :)


28-04-2011, kak fida komen :

sukasuka...mmng sdp...boleh jugak dimakan bile2 mase...boleh mengenyangkn...hehee... :)


28-04-2011, kak fida komen :

norlizah65...boleh ler cube dulu dn baru leh rase kesedapnnye...cewahhh....slmt mecube yer...mekaseh... :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu