Google+

oleh: yummiez Dalca

Nasi6

Masakan ibu saye =) boleh dihidangkan dgn nasi briyani dan acar timun nenas.. (err sila buat2 tak nampak je la surat khabar lapik tu ek.. hehe..)


Created on : 02-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yummiez




Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air asam jawa secukup rasa
  • beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
  • 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
  • santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Dalca1
    Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)
  2. Dalca1
    Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
  3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  5. Dalca3
    Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
  6. Dalca4
    Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
  7. Dalca5
    Masukkan ketulan ayam.
  8. Dalca6
    Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
  9. Dalca7
    Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
  10. Dalca8
    Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.

Tag

sayur

Laporan Masakan Bergambar (4)

Dalca_yummiez
22-12-2008
salam yummiez,akak masak dalca boh daging sbb ayam dh kene goreng,resipi ni lebih kurang same ngan resipi akak...heee...mkn ngan smbl cili api G dn kurau kering berlada...nasi putih aje...mmmm...tq yummiez...dalca ni mmng yummyyy..... :D
Laporan oleh: kak fida
Dsc_7175
23-08-2009
macam resepi my mom,tapi saya tak letak kacang dal dan saya guna tulang kerbau.
Laporan oleh: zaina
Dalca_myr
11-11-2013
Hidangan pelengkap nasi minyak semalam.. saya hanya gunakan serbuk pati ayam sebagai penambah rasa.. sangat sedap dalca ni.. terima kasih Yummiez..
Laporan oleh: LynnSham
Dsc06607
30-04-2014
sama jgk masakan ibu...letak daging sedap!! biasa klu wat dalca mesti buat roti canai perghh!! dua kpg kenyang hehehe.. apapun mekasih share :)
Laporan oleh: k.zila66


Komen (9)

03-04-2007, Mat Gebu komen :

amboi....macam nak kenduri kawen lah...hehehe.....meriah sungguh kan kalau bab2 dalca nie, kena sgt kalau musim2 cuti sekolah....yummiez, mat suka gamba u. ori laa. Pulak bila guna "paper' utk alas meja...heheh sama cam mat kalau makan ramai2. terutama ada budak2.


03-04-2007, yummiez komen :

aah ye, time cuti sekolah la musim kawen2 ni.. mat suka ke gamba tu? hehehe sy memula hesitate gk nk letak pic tu.. tp time tu terlupa nk snap pic dalca je.. so hentam sajalah.. tapi mmg betul, kalu ade budak2 mmg pakai paper je sng heheh..


06-08-2008, moyang komen :

assalammualaikom, Yum, moyang tgk. sedap je, bulih tlg. publishkan resepi dalca ikan kering. tema kasih.


19-05-2009, kencana komen :

salam yummiez, kita dah cuba resepi ni td, sedap dan kira jd, maklum, pirst time msk dalca. tp kita xamik gmbr sbb tak bape rajin. nk wish tq..thks again share resepi


06-10-2010, leenatajdeen komen :

Tks you. Wanted to try this saturday hehe anythings result will comeback to u. Insyaallah.


19-01-2011, durrani afina komen :

first time msk dalca ni ingt x jd dah... alhamdulillah sedap jugak...mak kta, hehehe


31-01-2011, ani lentang komen :

boleh cuba ni. kalau jadi boleh buat kenduri.


11-09-2011, katikazida komen :

First time masak memang jadi dan sedap..jamusedara mara diaorang kata memang sedap...hari ni buat lagi..


21-09-2011, daniel.hazlin komen :

dalca ni perlu ltak bji sawi x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd