Google+

oleh: zachoes Baked Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberry Bakar)

Kek_keju_blueberry_bakar

Kek yang ringan, gebu, creamy, dan cair di mulut. Tak memerlukan sebarang tepung dan sedap dimakan sejuk-sejuk. Resepi asal dari Ancoo Journal. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/resepi-baked-blueberry-cheesecake-kek.html


Created on : 24-04-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zachoes




Bahan-bahan ( loyang springform @ loose pan bulat 7" @ 8" )

  • 100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo)
  • 100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje)
  • *Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
  • Bahan cream cheese:
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream @ fresh cream
  • 30g gula kastor
  • 3 kuning telur Gred A
  • 1/2st esen vanila
  • 1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
  • 30g gula kastor
  • 3 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar (optional)
  • 200g blueberry filling

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  5. Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
  9. ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.

Laporan Masakan Bergambar (6)

Photo2213
16-05-2011
ni lah rupanye b4 bakar..kita bako je kek ni!! :O)
Laporan oleh: zai_fadilah

kita bako kita bako :)) hehehe..

Photo2226
16-05-2011
tada! ikut mcm zach, letak blueberry filling kt atas kek..tapi kek mcm nipis coz terguna bekas besar..apapun mmg sedap!!
Laporan oleh: zai_fadilah

tima kasih sebab sudi mencuba :D

Dsc00276
02-06-2011
alhamdulillah...bt skali terus jd. terima kasih zachoes...tp saya tukar ckit..guna yogurt dan jem blueberry..guna mana yg ade di kedai
Laporan oleh: yati2011

alhamdulillah.. tahniah tahniah :D takpe2, itu namanya kreatif. ahaks~ panggil sy zack je, hehe..

19122011501
19-12-2011
salam zack...2nd trial bru menjadik sangat2 hepy. biskut tu kite guna biskut tiger coklat cedap...
Laporan oleh: sweety78

w'salam.. cantiknya..lawa la deco2 tu ;) hehe..takpe, apa2 biskut pn boleh ikut selera masing2..

19122011506
19-12-2011
yg ni pulak rupa kek tu bila dh potong...kek ni mmg sedap tp apasal susah sangat nk potong kek nyer melekat2 kat pisau pulak...tolong bgi tips @pun kek ni lum masak tul ker???
Laporan oleh: sweety78

keknya dh masak, cuma sbb dia takde tepung mmg mcm tu sket.. biasa sy potong celup pisau dlm air panas pastu lap kering. baru potong, nnt dia kemas sikit. pastu sy potong pn masa keknya baru keluar dr peti sejuk.. keknya kalau cucuk dgn lidi tetap akan kelihatan basah. tanda dia dh masak bila keliling kek dan atasnya nmpk kering sikit :) harap membantu~

Dsc09744
03-02-2013
sedapppppp sangat....TQ zacks
Laporan oleh: mass80


Komen (26)

24-04-2011, Yumikumiko komen :

Mcm sedap je.. Nak cuba la. Tapi mcm mana u punya blueberry bleh jadi mcm 2?? Nampak cantik je...


24-04-2011, zachoes komen :

blueberry atas permukaan kek tu ke? saya guna spatula panjang, lepa dia biar dia serata. kalau yang marble/swirl tu ambil 1/3 adunan dah siap, tambah 2sb blueberry filling. adunan yg lebih tu tuang dulu dlm loyang, pastu dot-dotkan adunan berfilling atas permukaannya. nak lagi cantik, biar yg berfilling tu tenggelam sikit ke dlm adunan tak berfilling. pastu guna pisau/lidi buat corak. harap membantu :)


24-04-2011, Yumikumiko komen :

Oh ye ke.. Thanks. Bahan2 semua ada kat rmh ni, cuma nak beli blueberry filling je.. Biasa buat Cotton Soft Japanese Cheesecake dr resepi alma.. Mmg sedap. Nak cuba la resepi ni plak.. Anyway TQ so much..


24-04-2011, zachoes komen :

same2 n gud luck :) resepi ni mudah juga, kek pun nampak tebal sikit walaupun cuma guna 1 kotak cream cheese :)


24-04-2011, sweety78 komen :

kalo kite kukus kek ni blh tak??


24-04-2011, aqila_afrina komen :

menarik la..,mcm sdap..nk try laaa...


24-04-2011, zachoes komen :

sweety: rasa kalau kukus lain bentuk/tekstur dgn rasanya nanti.. takut jadi bingka lak, hehe.. sbb haba dari oven dgn haba dari kukusan tak sama. haba oven dia kering dan panas. haba dari kukusan lembab dan panas.


24-04-2011, zachoes komen :

aqila afrina: cubalah, insyaAllah tak rugi membuatnya :) kalau sape2 tak ada loyang springform/loose pan/loyang bongkar pasang, leh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/resepi-japanese-souffle-cheese-cake-dan.html saya pun bkr guna loyang biasa 7 1/2 inci ketinggian 2" gitu.


26-04-2011, zai_fadilah komen :

salam zack..tadi zai jenguk blog zack..cuma nk confirmkan satu kt sini.. kalo guna fresh cream kita kena pukul sampai kembang/kental dulu ye?xbleh adun ngn cream cheese?zai ade stok fresh cream je kt umah..igt cuti labor day nanti nk buat kek ni..tu yg nk kena confirm betul2.... thanking u in advance.. hehehhehhe


26-04-2011, zachoes komen :

zai_fadilah: wsalam..ikutkan resepi asal mmg guna dalam bentuk cecair je. tp masa saya buat tu stok fresh cream memang dah kental, jd saya terus guna je. kira alternatif la kot2 kat rumah cuma ada fresh cream yg dh tersedia dipukul :) jd tak perlu nk cairkan balik. harap membantu :)


29-04-2011, cikgunita komen :

Terliurnya. mesti sedap. Nak Rasa


07-05-2011, zachoes komen :

cikgunite, mmg sedap. rasa sgt creamy ^_^ huhu, lama dh hbs ni. tak smpai dua hari dh dimakan oleh anak dan en. hubby


16-05-2011, zara_aiisyah komen :

Zack, nak tanya...kalau cheesecake kite bakar kan, elok naik kembang...pastu bile dah siap bakar die jd kecut tu sebab ape?dan bile bukak tu, agak lembap...x masak lg ek?


16-05-2011, Deena Ibrahim komen :

WOW! melelehh..


16-05-2011, aloha iman komen :

yummy! nak cuba buat. klu tak guna whipping creame boleh ka?


16-05-2011, zachoes komen :

zara_aiisyah: ada beberapa sebab. salah satu mungkin kek sejuk secara mendadak. biasa kek keju (atau kek2 yg guna kaedah meringue ni) lbh sensitif kpd perubahan suhu. biasa bila oven timer off, kek dah masak sy terus keluarkn dr oven, keluarkn loyang isi air tu, pastu biarkn kek sejuk dlm loyangnya atas redai 5-10 min. baru sy keluarkan keknya dan sejukkn sepenuhnya kt suhu bilik. jenis kek ni takyah cucuk guna lidi sbb memang jenis basah sbb xde tepung. salah satu tanda dh masak, tgk permukaan atas dia. kalau kering (tp jgn smpai merekah), keknya tak bergoyang bila loyang digoyang, dan tepi keliling kek tu tertarik sikit ke dlm, dah masak la tu. cuma sy cdgkn guna baking paper dan griskan sikit utk elak kek merekah masa tgh sejuk nnt. dan biasanya kek ni memang akan kecut sikit <1cm. biasa sy buat kek dlm keadaan tingkap dan kipas ditutup sbb mmg biasa kek akan terlalu dadak mengecut kalau keluar dr oven terus disejukkan pd bilik bersuhu lbh sejuk. wallahu 'alam, ni pengalaman sy la :)


16-05-2011, zachoes komen :

deena: hehe, mmg meleleh air liuq tgk gmbr ni :))


16-05-2011, zachoes komen :

aloha: kalau tak ada whipping cream atau fresh cream, rasanya tak ada masalah ganti dengan yoghurt asli (atau perisa blueberry) atau sour cream sebab kepekatannya hampir sama. kalau guna susu sejat atau cecair lain, adunan cheesenya akan lebih cair. takut keknya leper bila masak (tak gebu).


16-05-2011, zachoes komen :

zara_aiisyah: satu lagi tip sy terlupa, selain dari suhu, faktor meringue pun boleh buat kek kecut. kalau kita terlebih pukul meringue (sampai jadi agak kering), kek pun akan kecut walaupun masa bakar dia naik cantik. kalau kurang pukul pun leh jadi mcm tu.


04-08-2011, ctsal84 komen :

wah...sgt menarik....sebenarnye nk buat tp takut x jadik..tp geram tgk gamba kek tue....huhu...nk try jugak lah....tq


10-08-2011, hasnida_23 komen :

dah buat td tp jd rendah ajer. guna loyang 8". frust.. x tau ape salah. apepn rasenya mmg sedap cuma mcm x naik. sedihnyerrr.....


16-09-2011, zachoes komen :

ctsal84>>> cubalah, jgn takut kalau tak jadi :) kalau ada apa2 soalan tanya la kt blog sy zachoes.blogspot.com. sy jrg buka myresipi ni.. hasnida>>> mgkn part tak jadi meringue dia. sbb ketinggian kek, kegebuan kek jenis ni bergantung pada meringue dia. kalau meringue tak jadi ataupun masa kita kaup balik@campurkan adunan cheese dgn meringue tak betul, keknya tak brp naik. kalau tak brp yakin kek naik tinggi boleh gak guna loyang 7".


27-10-2011, c2_mie komen :

semua bahan2 bleh dapat kat kedai kek dan pastri ke?


05-12-2011, zachoes komen :

c1_mie, insyaAllah bahan2 semua leh beli kat kedai kek/pastri yg lengkap :)


02-05-2012, Dida1711 komen :

dah 2x bt ciskek ni .. mmg dpt pujian ramai .. ! tQ zack ..


02-05-2012, Dida1711 komen :

dah 2x bt ciskek ni .. mmg dpt pujian ramai .. ! tQ zack ..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd