Google+

oleh: rohaisha KEK KEJU KUKUS

Gambar_2011_268

Resepi ni saya ambil sumbernya dari Chef Norzailina Nordin.Sangat lembut untuk dinikmati...


Created on : 16-04-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rohaisha




Bahan-bahan ( Loyang/Tin 22 cm )

  • 6 biji putih telur
  • 200 gm gula kastor
  • 500 gm krim keju (suhu bilik)
  • 250 ml krim putar
  • 6 biji kuning telur
  • 100 gm tepung gandum
  • 1 camca strawberi emulco
  • Sedikit pewarna merah
  • 1 camca coklat emulco

Cara-cara

  1. Lengserkan tin pembakar dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
  2. Putar krim keju hingga halus.Masukkan separuh gula dan putar hingga gebu.
  3. Masukkan krim putar, kuning telur dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Putar putih telur dengan baki gula hingga kental.Ketepikan.
  5. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan dan kacau rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:bubuh strawberi emulco dan pewarna merah pada satu bahagian; coklat emulco pada satu bahagian lagi.
  7. Sendukkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan.Kukus selama 45-50 minit atau sehingga masak.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (5)

17-04-2011, amiencute komen :

bole try rya nnti..hihi


17-04-2011, sweety78 komen :

salam rohaisha, nk tanya krim putar tu whipping cream ke @ whipped cream???krim keju tu yg buku ke???sorry byk tanya saya mmg suke kek kukus ni...


17-04-2011, rohaisha komen :

amiencute, trylah; baru tau rasenya camne nti... salam sweety, klu tak silap sy ari tu, sy guna whipped cream topping bukannya UHT whipping cream..utk keju sy pkai Philadelphia...sy pun baru 1st time wat kek ni n menjadi cuma tak kemas diapunye layer mcm yg empunya resepi ni;yg penting mencuba kan!..


18-04-2011, sweety78 komen :

salam rohaisha, lau tepung gandum digantikan ngan tepung naik sendiri blh tak??


19-04-2011, rohaisha komen :

sweety; sy blm pernah cuba pkai tepung naik sendiri...maybe len kali bole try juge kot..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd