oleh: Makyong Kerutuk daging

Kerutuk

Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih


Created on : 16-04-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.




Laporan Masakan Bergambar (2)

Dscf6566
03-05-2007
sedap nyer.. tak sangka boleh masak kerutuk daging sendirik dah.. hehe.. terima kasih mak yong..
Laporan oleh: minami133
Pc031515
08-12-2007
dah try ni.. sedap laa.... terima kasih makyong...
Laporan oleh: mama_myvi

Komen (21)

19-04-2006, kak ha komen :

lain2 erk resepi kerutuk..akak baru cuba yg ezah nanti boleh tera yg nih pulok!


10-07-2006, intan komen :

boleh cuba resipi ni! setakat ni belajar masak kerutuk lain skit resipinya. mungkin yang ni lebih sedap.


21-07-2006, nolie komen :

origional kerutuk mane ada taruk kicap ????


22-07-2006, Admin komen :

Nolie.. tak kisahlah original ke tak resepi kerutuk Makyong ni.. lain org lain cara masaknya.. tentu cara Makyong ni pun sedap juga sebab tu dia nak berkongsi resepi dia kat sini.. kalau nolie ada resepi kerutuk yang ori meh la letak kat sini... Nak letak berapa banyak resepi kerutuk kat sini pun tak kisah.. asalkan caranye lain.


12-09-2006, umi komen :

masakan ni seakan masak palembang dan rendang mamak sedap rasanya.


18-10-2006, mooniera_85 komen :

nak tau kerutuk tu aper?


18-10-2006, Makyong komen :

macam rendang gak lah.. ni masakan kelantan


22-01-2007, yana komen :

kerutuk mak yong ni lebih kurang cam yana resepi gak cuma bezanya yana x letak kicap tp yana masukkan serai yg di ketuk. tambah ubi kentang lg umphhhh.... blh la yana cuba resepi mak yong pula...


12-02-2007, has5858 komen :

A'kum semua saya baru daftar jadi sebagai ahli di ruangan yang saya minati ini, saya dah cuba masak kerutuk daging khamis lepas tapi saya resepi yang tertera dibelakang bungkusan rempah kerutuk Adabi memang sedap, tapi resepi 2 tak taruh kicap, cuma taruh gula merah sedikit, memang sedap dimakan bersama nasi dan roti. SELAMAT MENCUBA Wassalam


19-04-2007, syonan komen :

i nak tanye ikit la terutuk 2 ape ye..any1 bleh tel me tak..thankz


19-04-2007, alma komen :

syonan, ni ala2 rendang (masakan kelantan). kalau nk > umph, beli rempah kerutuk dr kelantan, insyaAllah, terangkattttt...(i'm not kelantanese tp from my obsrvtn, depa ni ada bahan&style masakan tersendiri - which I impressed a lot!)


03-05-2007, Noreen komen :

alamak tak adalah rempah kerutuk camna nak buat nie? ada optional lain tak kalau tak ada rempah tu sbb kat UK nie mana nak cari tapi resepi tu nampak mengancam.


09-05-2007, zuraina komen :

Rempah kerutuk ni boleh dapat kat kedai mamak ke. memang kerutuk ni sedap... tengok gambar kat sini pun begitu mengancam...kat opis die orang buat kerutuk kambing,, tapi saye x makan kambiiiiiing... aduh kesian.


11-06-2007, zaha komen :

nampak mcm best je kerutuk makyong ni...saya mesti cuba ni...


15-07-2007, missanis komen :

tumpang tanye,macamane nak buat kerisik?setahu saye kene tumbuk kelapa kering..macam tu eh?


15-07-2007, yani komen :

missanis.. kelapa tu kena goreng biar jadi perang dulu.. pastu tumbuk.. kalo dok oversea, saya selalu goreng kelapa kering, pastu blend..


05-08-2007, iza66 komen :

saya memang suka mkn kerutup daging.. saya nak tau mcmna nk buat rempah kerutuk 2.. ape campuran rempah ratusnya..


11-08-2007, jerul komen :

eeee...bestnya....... esok saya nak beli daging dan nak masuk lauk ni..... yum...yum


26-08-2007, ivsnidar komen :

hi...nti kita nak cuba buat lah...nmpak mcam sedapa ye....


14-09-2007, zahra komen :

mmg sedap kerutuk daging makyong ni... sy dah try....tq


13-05-2008, vida_nida komen :

hai seme...mskkan ni glamor kat klate.skrg dh senang dpt coz ada jual kat pasaraya. cubala try...yum yum


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu