Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi tart nenas /nona kakbesah

 Submitted By On 09 April, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

sbenarnya tat nenas, tp,,bentuknya seakan buah.. xpasti buah apa yg sewaktu dgn nya.. buah salak ke, durian ke nona.. blasah je lah, janji sedap & menarik. ramai yg order utk hantaran...

Ingredients
  • utk jem nenas;
  • 3 biji nenas besar - diparut, diletak dlm penapis supaya kurang airnya. xpayah ditekan, biar ia menitik sndiri.
  • 3 cawan gula pasir (cwn kopi zaman dulu tu..)
  • 1/2 sudu teh garam & 1 sudu teh cuka
  • utk pastry;
  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 biji kuning telur - dipukul dgn garfu
  • 4 sudu makan air paip & 1 sudu teh pewarna kuning
  • 2 - 21/2 buku butter(500g - 625 g) atau lebih (tkut nk kena tmbah plk nnti..
  • *kuning telur utk disapu di atasnya*
  • kederat, semangat & kerajinan tahap maximum..hehe..
Instructions
  1. dlm kuali, masak nenas parut hingga kering airnya, pastu masukkan gula, garam & cuka. sentiasa kacau hingga menjadi jem yg kental ala2 inti kuih koci gitu..

  2. masukkan dlm bekas bertutup & simpan dlm fridge. supaya mudah utk digentel nnti.

  3. dlm bekas besar, ayak tepung gandum, tepung jagung & gula icing, campurata2. campurkan pula butter, gaul ramas dgn hujung jari, tambah butter hingga agak2 bila dikepal bleh melekat.

  4. dlm mangkuk kecil campur sebati telur, air paip & pewarna kuning. ketepikan.

  5. basahkan doh dgn memasukkan campuran telur + air + pewarna tadi. uli perlahan hingga menjadi doh yg lembut & bleh dibentuk. tambah butter lagi jika perlu.

  6. masukkan doh dlm plastik & rehatkan dlm fridge sehingga diperlukan.

  7. ~pada satu hari yg indah & damai.. bleh la buat kuih tart...~

  8. lepastu keluarkan pula jem nenas dari fridge & sejuk2 tu terus digentel bulat2 kecil hingga habis - ketepikan.

    DSC02721.jpg
  9. mula2 keluarkan doh pastry dari fridge & biar kpd suhu bilik.

  10. ambil sedikit doh 2 kali ganda besar bulatan jem tadi, bulat2kan, pastu leperkan, masukkan jem, kelim kemas & bentukkan agak bujur.

    DSC02723.jpg
  11. gunting bentuk v dari atas ke bawah secara selang seli. buat sampai habis. susun atas dulang pembakar yg tlh disapu mentega.

    DSC02745.jpg
  12. panaskan oven 145'c. sapu kuning telur atas tart, letak sebiji coklat cip knon2 sbagai tampuk /batang.

    DSC02750.jpg
  13. bakar hingga masak lbehkurang 30 - 40 minit.

    DSC01120.jpg
  14. opps lupa.. air tapisan nenas jgn dibuang, didihkn bersama gula pastu simpan dlm esbox. bleh dijadikan jus nenas. campurkan ais secukup rasa... nyamann & menyegarkan..

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All