strawberry muffin cik mat.. takde emulco.. yg ada hanya strawberry .. so terpaksa adjust dr resipi muffin yg ada"/> My Resipi: resepi Strawberry chocochips muffin Google+

oleh: yani Strawberry chocochips muffin

Strawberrychocochipmuffin

Idea dari strawberry muffin cik mat.. takde emulco.. yg ada hanya strawberry .. so terpaksa adjust dr resipi muffin yg ada


Created on : 28-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani




Bahan-bahan ( 30 biji- mini size )

  • 120g butter
  • 140g brown sugar
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur - L size ( pukul dgn garfu tapi tak perlu kembang)
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 120ml susu segar
  • 10-12 biji strawberry
  • 100g chocochips

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan pula gula sikit demi sedikit. Pukul sehingga jadi putih.
  3. Lepas tu masukkan telur, sedikit demi sedikit sambil dipukul.
  4. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau.
  5. Masukkan pula 1/2 susu segar, kacau. Ulang lagi dengan 1/3 tepung. Kemudian susu sampai habis.
  6. Akhir sekali masukkan strawberi yg telah dibelah 4 dengan chocochips. Kacau biar semuanya bergaul rata.
  7. Strawberrychocochipmuffin1
    Lepas tu bolehlah ceduk ke dalam acuan muffin. Isikan penuh acuan muffin. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180C.

Tag

muffin








Laporan Masakan Bergambar (6)

Step_by_step_085
29-03-2007
Ganti dgn raspberry...guna muffin cup agak besar, dapat 20 ketul je.....sedap juga guna raspberry nie.
Laporan oleh: Mat Gebu

kat sini raspberry yg fresh mahal sgt.. kalau nak guna kena beli yg frozen je lah.. :p

Muffin
07-05-2007
sedap sgt muffin ni.tak manis sgt.kalau bole nk buat hariĀ² =D
Laporan oleh: nunas

kalo sedap tu.. takleh buat hari2 .. nanti kan jadi muak pula.. ;)

Copy_of_imgp3828
05-12-2007
hehehe.. comel tak kita punyer muffin.. sumer tembam-tembam and gemuk-gemuk!! sedap plak tuh...
Laporan oleh: tuberose78

tomeyy sgt.. ehehe

Kek
30-07-2008
tq kak yani tuk resepi ni..saya buat muffin coklat..letak coklat cip..buat tuk kawan datang rumah..dia kata sedap...
Laporan oleh: quinnie

bila member kata sedap.. tt2 seronokkan.. tak sia-sialah abih masa buat muffin.. ;)

Muffin_stoberi_choc_chip
18-06-2009
sedaaaaaaaaap sangat.. masam strawberi berpadu dgn coklat yg manis.. tak rugi mencuba tq yani
Laporan oleh: nor_67

knor selalu masak guna stroberi.. murah ke kat ganu nun.. kat sini mahal ler :p

Muffin_stoberi_coklat
05-11-2009
yummy! yummy! yummy!!!
Laporan oleh: nor_67

ish2x.. leh jd ni.. nak kena gi cari stroberi juga ni..


Komen (12)

28-03-2007, Ayu61279 komen :

aaaddeehhhh...k.yani....mana la akak dpt idea ni.bg la skit idea akak tu kat ayu....


28-03-2007, miza komen :

pantas betol lah k.yani ni..kluar lg rcp mufin..


28-03-2007, mawar merah komen :

hai yani..... menarik muffin tu... nak tanya gula halus n brown sugar tu masuk sekali ke ?... apapun nak cuba ari saturday ni...


28-03-2007, Mat Gebu komen :

Kalau ganti dgn buah raspberry, rasa dia ok tak ye?


29-03-2007, yani komen :

ayu.. meh pindah sebelah rumah akak ni sebulan.. nak transfer idea ni kat ayu..hahah :) .. >> miza, muffin terdesak nak buat breakfast.. sebab malam tadi lupa nak buat roti.. kalo buat roti pagi jenuh nak menunggu siap..


29-03-2007, yani komen :

mawar merah.. gula halus dan brown sugar tu campur sekali. Lepas tu baru masuk sikit-sikit dalam adunan. >>> Mat, nak guna raspberry pun boleh.


29-03-2007, junn komen :

aduh yani..lapar i tgk..weekend nih bole try.


29-03-2007, mamazai komen :

wow yani cepat nye u dapat resipi baru..... i shud try juga.


29-03-2007, Ayu61279 komen :

hm...klu umah k.yani sebelah umah ayu,mau hari2 ayu b'tapa kat umah akak....yela...kata nak transfer idea kan...hehehehe....


29-03-2007, Mat Gebu komen :

Sedap dan tak berapa manis sgt......


03-01-2011, salmasz1962 komen :

gonna try this...tgk jer dah terasa mesti sdap...thanks yani


19-02-2011, kimibakar komen :

pheeehhh..mmg sdap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu