Google+

oleh: onepiece78 Kek Sarang Semut

Dsc00313

Ia juga turut dikenali sebagai kek gula hangus


Created on : 03-04-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi onepiece78




Bahan-bahan ( loyang saiz 8 inc )

  • 5 biji telur ayam gred A
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak (saya guna minyak jagung)
  • 2 sk potas @ soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Masak gula hingga perang dengan api kecil.Tuangkan air sambil kacau sehingga rata untuk dijadikan gula hangus. ketepikan.
  2. Ayak bersama tepung gandum dan juga potas.
  3. Pukul telur bersama esen vanilla selama 5 minit dengan menggunakan pemukul telur. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak jagung.Kacau rata
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada kepanasan oven masing2.

Tag

kek









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (20)

04-04-2011, zatil_186@yahoo.com komen :

sedap...


04-04-2011, nana76 komen :

boleh d,kukus x kek ni..


04-04-2011, onepiece78 komen :

memang sedap... jd favourite my family.


04-04-2011, onepiece78 komen :

nana76:- i xpenah buat cara kukus, agaknyer boleh kot.selama ni bakar aje tak terfikir lak nk try kukus..... cuba lh....insyaallah menjadi.


06-04-2011, Inzhan komen :

tgk pn da tau sedap. ptg ni nk cuba buat la.kek ni x guna serbuk penaik ke?


06-04-2011, onepiece78 komen :

xpayah guna serbuk penaik.kalau guna potas xpayah guna soda bikarbonat.guna salah satu aje...


08-04-2011, Inzhan komen :

kek ni x kena perap dl ke? coz sya tgk ada resepi kek ni kena perap dl dlm 1 2 jam.sya nk cuba kek ni tp tak tau la samada kena perap dl atau tak. takut x jadi pl nti.


08-04-2011, onepiece78 komen :

xpayah pun xpe....selalunyer saya buat xpenah nk perap. just pukul telur sekejap aje..xpayah lama2...


10-04-2011, azerine komen :

saya dah try buat kek ni ptg td, alhamdulillah jadi...panas2 saya potong,sdapnyer....terima kasih onepiece78


10-04-2011, onepiece78 komen :

alhamdulillah.sama2.. leh lh upload pic nanti.


16-04-2011, azerine komen :

insya'allah


16-04-2011, onepiece78 komen :

terima kasih kerana mencuba.....


29-05-2011, shipuden azna komen :

sk tu ape? potas tu ape?


02-06-2011, Intan76 komen :

Kalau tak guna baking soda, guna baking powder boleh tak?


02-06-2011, mama kastam tioman komen :

rasanya lah..kek ni wajib guna soda bicabanate sebab untuk mendapatkan sarangnya yang cantik..


05-06-2011, onepiece78 komen :

shipuden azna: sk tu sudu kecil.potas mcm serbuk penaik lah jugak tp nama dia potas..ade dijual kt kedai runcit potas jenama adad.


05-06-2011, onepiece78 komen :

intan 76:sy xpenah try buat pakai baking powder,biasanyer kalu xde potas sy guna soda bicarbonate aje....tp yg penting pukul telur sekejap aje....baru cantik jadi sarang nyer


05-06-2011, kak sml komen :

kalau guna butter boleh tak? sukatanye berape?


06-06-2011, onepiece78 komen :

guna butter pun boleh...sukatan nya pun sama... tapi sy xpenah buat guna butter...cuba lah insyaallah menjadi...


23-08-2013, hati ungu komen :

Nk try la balik keje ni..nampak sedap :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd