Google+

oleh: Mat Gebu Strawberry Muffin

Step_by_step_084

Resipi mudah dan ringkas serta boleh dipelbagaikan...


Created on : 27-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 85 g mentega
  • 85 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 175 g tepung gandum*
  • 10 g baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 80 ml susu segar
  • 5 biji strawberry, dicincang halus
  • 1/2 camca teh strawberry emulco
  • BAHAN2 UTK HIASAN:-
  • 6 biji strawberry, dibelah dua
  • Krim putar secukupnya

Cara-cara

  1. Step_by_step_083
    Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Masukkan strawberry emulco. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Dengan menggunakan spatula masukkan cincangan strawberry dan gaul hingga rata.
  2. Step_by_step_080
    Masukkan kesemua adunan ke dalam piping beg (atau gunakan plastik yg bersih dan tidak bocor).
  3. Step_by_step_081
    Gunting bucu plastik (jgn terlalu besar), paipkan ke dalam acuan muffin berlubang 12 yg telah dilapik dgn paper cup. Isikan 3/4 penuh.
  4. Step_by_step_082
    Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak sejukkan muffin diatas redai. Hiaskan dgn krim putar dan belahan strawberry.

Laporan Masakan Bergambar (1)

Picture_0053
13-03-2009
marvellous...mmg sdap..xsmpat nak dihias...terover cooking plak :D...pic via webcam coz cable phone rosak...anyway,thanks 4 the tastylicious recipi...
Laporan oleh: Yantie Alias


Komen (29)

27-03-2007, ctjuliez komen :

bertuah lah isteri cik mat...suami rajin berkarya dgn masakan.;)


27-03-2007, Mat Gebu komen :

heheh....jgn lah puji sgt..manusia tak kira lelaki ke perempuan mesti ada kelebihan dan kekurangan....kata pepatah "pandai tak semestinya bijak dan bijak tak semestinya cerdik"....betul kan ct......?


27-03-2007, are3646 komen :

alahai kreatif sungguh cik mat ni!!!


28-03-2007, yani komen :

emulco tu apa ye?..


28-03-2007, are3646 komen :

emulco tu sejenis pes ker???sorry yer kalu silap!!!


28-03-2007, ctjuliez komen :

betul tu...sokong 100%..klu rumah kite dekat,mmg ari2 hidu bau sodap2 dr rmh cik mat..tak yah masak,dah kenyang ek!!


28-03-2007, Mat Gebu komen :

Emulco = strawberry paste. alah biasa2 je tapi setakat nie "gambar" tak leh lawan yani nya.......tu yg mat jelesss tu..


28-03-2007, umi_e komen :

mat... tu kira dah cantik le :P


28-03-2007, yani komen :

pasal gambar tu.. dah oklah tu mat.. dah ada improvement.. kalau tengok resipi i yg lama2 tu gambar pun teruk juga.. bila selalu ambik gambar ni..dgn sendiri kita dpt belajar cara2nya.. dr sudut mana nak ambik bagi nampak cantik.. ooo emulco tu sejenis paste.. baru i tahu.. dah banyak kali i tengok resipi2 yg kat internet ni guna emulco.. i ingat sejenis fresh milk berperisa... err emulco tu nama brand ke?


28-03-2007, alma komen :

emulco bkn brand name, ia cam concentrate/extracts, berbeza dgn coloring in terms of dier ada rasa tp color2 tu xder rasa pe2 cuma warna je..emulco ni ada warna asal benda/buah tu & rasanye skalik ... cam ada fruits emulco like strawberry,pandan, yam, lemon & etc, pun ada choc emulco & coffee emulco (dier pekat sket dr pewarna). kalo yani wat dadih, mesti besa guna emulco.


28-03-2007, alma komen :

cik mat, rajinnye guna piping bag masa nk isikn adunan muffin dlm bekas dier...kalau alma, sudukn jer hehe... ni mesti strawberry belen beli ari tu ekkk.... ^_*


28-03-2007, yani komen :

thanx kak alma.. baru tahu pasal emulco tu.. balik msia nanti bolehlah berkenalan dgn emulco ni sumer..


28-03-2007, zaliana komen :

i respect betul lah dengan penyumbang setia resipi kat sini macam cik mat,yani dan lain-lain tu....macam maner lah you all ada idea n time untuk letak resipi kat sini...tak sempat I nak try 1 resipi, dah datang resipi lain pulak...anyway trime kasih sbb sudi share ngan we all kat sini..


28-03-2007, Lilydvalley komen :

zaliana...do make time. Plan ur project. kalo nak seribu daya...hehehe. betul x mat? amboi mat! muffin la pulak. Hmmm...strawberry ada kat fridge tu, strawberry emulco ada kat pantry tu...tapi telur ada 1 biji aje! ish! yani, balik m'sia nnt belek la segala emulco ni ya!


28-03-2007, yani komen :

tu la Lily.. bila i dah ada kat msia nanti.. banyaklah resipi2 yg guna emulco ni akan keluar..hahaha.. tapi tengoklah ..kalau masih rajin masak macam kat sini..


28-03-2007, Mat Gebu komen :

Penggunaan piping beg tu bukan apa, utk mengelakkan adunan tu meleleh atau tercicir kat mana2. Mat guna plastik beg yg bersih dan tak bocor je utk gantikan piping beg...lagi satu masa pancitkan adunan ke dalam acuan senang nak bagi sama rata. Yani kalau balik M'sia alamatnya lagi leer byk resepi yg pelik2 keluar (tabik spring kat yani dan semua puan2 kat myresipi nie), zaliana itu lah untungnya kita berkongsi resipi nie, kalau kiranya otak dah jam, tatau apa nak masak, buka pc, login internet dan klik aje my resipi..pendek kata nak meniaga makanan pun boleh sebab byk resepi yg boleh di cuba....


28-03-2007, lina73 komen :

hee.. cantiknya muffin cik mat... cik mat boleh tampalkan gambo emulco tu kt ruang glossary........ (budak baru belajar ) tq... ^i^


28-03-2007, Lilydvalley komen :

yani, rasanya 1st few months, sure u malas nak masak. skrg ni mmg kena masak, kang lapor lak 1 umah tu. Kat m'sia... malas2, kedai ada.


28-03-2007, zaliana komen :

Lilydvalley...betul la kalau nak seribu daya...semalam i bersengkang mata buat roti boy ikut resipi yang u kasi tu.. pukul 4 pagi dah bangun piping and bakar roti...puas hati sangat :-) event x cukup tido & terpaksa rushing pegi keje.. nanti i tempek gambar roti tu kat laporan masakan...


28-03-2007, zaliana komen :

cik mat...guna tepung gandum biase ke tepung naik sendiri??


28-03-2007, Mat Gebu komen :

tepung gandum biasa je, tapi kalau ada lebih2 tepung kek, lagi elok. Kalau nak guna tepung berserbuk penaik, tak payah bbuh serbuk penaik. Pasal emulco tu nanti mat tepek, tapi mat beli kat kedai menjual bahan2 kek, jadi tak lah jenama yg popular, cuma label dia aje (itu pun kalau tak hilang sebab mat simpan dalam peti sejuk), itu pasal peti sejuk mat lebih kurang macam pasaraya Tesco + Giant + Carefour + Jaya Jusco + Makro. hehehe macam2 ada!!!!!.


28-03-2007, zaliana komen :

i ingat nak guna sponge cake mix lah..habiskan sebelum expired hujung bulan 4 nih...tp kena ubahsuai sukatan gula lah pulak...


28-03-2007, Lilydvalley komen :

mat, u punya tepi sejuk sure besar mcm kat pasaraya tu ya! peti sejuk i kecik jo! pas tu semua nak sumbat. left over mknan pun nak masuk gak sebab siang ari x de org kat umah!


28-03-2007, Lilydvalley komen :

ish! sampai cam tu sekali zaliana! i x penah ler bgn 4 pagi sebab nak masak2 ni. paling awal pun 6 pagi. hehehe. naper x bakar mlm aje?


28-03-2007, Lilydvalley komen :

ctjuliez... sebelum ada isteri yg bertuah sebab suami rajin berkarya dgn masakan... tlg carikan perempuan yg bertuah tu. So far perempuan yg bertuah adalah bonda mat ni...


28-03-2007, zaliana komen :

Lilydvalley...i ngantuk sangat..so i tidolah dulu..sedar2 dah pukul 4 pagi...baru teringat doh tadi i belum bakar lagi...tu yang bangun awal tu..


28-03-2007, Mat Gebu komen :

Itu tak boleh nak dinafikan kan lah (nasib baik kat "rumah ibu" ada satu lagi peti sejuk yg besar leh juga sumbatkan segala tok nenek tepung kat dalam dia....Rumah lama mat ada juga peti ais, dan freezer, jadi tak de masalah lah pasal nak simpan "gherta karun" tu semua...tau tiap2 bulan bilnya aje lah byk skit....lily u jgn puji lebey2....mat ni kalau org asyik puji takut tumbuh "tanduk" kat kepala........


28-03-2007, Lilydvalley komen :

hehehe mat... ok la i x puji u lebih2. skitttt aje. i pun rasa mcm nak tukar ke fridge besar, 2 pintu kiri kanan tu... tp nak letak kat mana lak pulak!


28-03-2007, Lilydvalley komen :

zaliana...kalo i nak jugak buat roti masa wkdays... wht i usually do, w/p ada breadmaker yg nolong i nguli... lepas 1st rise, kluarkan anginnya, then cepat2 masuk dlm freezer. Esoknya, balik kerja i sambung balik. Dn't worry...roti u akan gebu mcm biasa.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd