Google+

oleh: Gynaelenna Soto Jawa

Dsc06202

Sajian yang menyelerakan


Created on : 28-03-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Gynaelenna




Bahan-bahan ( Seisi Keluarga )

  • Ketupat Segera(direbus)
  • Suhun (digoreng)
  • -Bahan buat kuah-
  • *5 biji bawang merah
  • *5 biji bawang putih
  • *sedikit halia
  • (*campurkan dan dikisar halus)
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • 2 batang serai ditumbuk
  • 1 biji Sup bunjut
  • Rempah bunga lawang dan kayu manis
  • Seekor ayam(digoreng)
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang dan rempah bunga lawang,kayu manis sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan ayam yg telah digoreng,disusuli serai,sup bunjut serta garam
  3. Masukkan air,biarkan masakan mendidih.
  4. Campurkan sedikit serbuk ketumbar,jintan manis dan jintan putih (jangan letak terlalu banyak,takut masakan rasa pahit jika terlebih rempah)
  5. sedia dihidang bersama ketupat dan suhun.

Tag

anytime








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

29-03-2011, kay730601 komen :

waduh..enaknya..ni kalau kat pekan sabak bernam boleh dapat ni..enak..


29-03-2011, alice karim komen :

memang sedap......tpi klu ada kicap pedasnya lgi enak....!


29-03-2011, Gynaelenna komen :

mana2 kedai boleh dapat soto ni..tapi rasa nya tak sama bila org jawa yg masak.. :) sbb ayam digoreng dulu rasanya lebih sedap..masin masin sikit..plak tu makan dgn sambal kicap kan alice..


29-03-2011, ilani komen :

dpt tau petua dr mak mertua.. org jawa. katanya nak bg kaw lg soto tu, letak kaki ayam yg dah di goreng..


29-03-2011, norfatin komen :

aduhai lama x mkn soto memang sedap bubuh sambal kicap


29-03-2011, Gynaelenna komen :

ilani..betul la tu..cuma gyna tak mkn kaki ayam jer..letak leher ayam lagi sedap..


13-04-2011, ibuzana komen :

memang sedap....akak da cuba....sape tak cuba rugi...


06-09-2011, nurhariindah komen :

sekali rasa masakan org jawa, boleh tahan ya sedapnya...orgnya pun ramah2 belaka..mmg sedap soto ni..dpt org jawa mesti dr yg kurus kedeking jadi bulat..hehhe..selamat mencuba semua.


21-05-2013, AA0403 komen :

Teringin nak masak untuk orang yang tersayang. Supaya dia dapat merasakan masakan bakal isteri tersayang dia nie. hehehe...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu