Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Fruit Tart

 Submitted By On 26 March, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Comel, cantik dan menawan.........

Ingredients
  • <b>BAHAN2 PASTRY:-</b>
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • <b>BAHAN2 KRIM PASTRY:-</b>
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • <b>BAHAN2 LAIN:-</b>
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)
Instructions
  1. <b>UNTUK PASTRY:- </b> Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

  2. <b>UNTUK KRIM PASTRY:-</b> Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

    Pastry_004.jpg
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.

    Pastry_005.jpg
  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

    Pastry_002.jpg
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.

    Pastry_003.jpg
  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.

    Pastry_006.jpg
  7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

    Pastry_007.jpg
  8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)

    Pastry_008.jpg
  9. Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...

    Pastry_001.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All