oleh: F&N Chocolate bread

P6220069

Roti coklet yang yummy


Created on : 04-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-8 orang )

  • 1 biji Telur
  • -sila lihat cara no 1- Air
  • 100 ml Susu
  • 450 g Tepung roti
  • 15 ml Serbuk koko
  • 7.5 ml Garam
  • 40 g Gula caster
  • 25 g Butter
  • 7.5 ml Yis Kering
  • * 75 g Chocolate chips

Cara-cara

  1. Masukkan telur ke dalam measuring cup dan tambahkan air sehingga keparas 225 ml.
  2. Masukan telur,air dan susu kedalam bread maker.
  3. Ayak tepung bersama serbuk koko.Kemudian, taburkan keatas telur,air dan susu tadi.
  4. Selepas itu,masukkan lain-lain bahan kecuali yang bertanda * ke dalam bread maker.
  5. On kan bread maker.Apabila bread maker mengeluarkan bunyi,masukan chocolate chips.




Laporan Masakan Bergambar (2)

Roti
05-07-2006
Done!!! Sedap..
Laporan oleh: Nadia
31012007_014_1
31-01-2007
i add sket badam cincang n choco rice.. =)
Laporan oleh: zara_klate

Komen (19)

04-07-2006, Nadia komen :

susu apa yg dimaksudkan tu.. fresh milk ke or susu tepung?..


04-07-2006, F&N komen :

Susu segar.


07-07-2006, hanis komen :

7.5ml tu byk mana ye lebih kurang? takde penyukat kecik camtu la...


08-07-2006, F&N komen :

7.5 ml sama dgn 1 1/2 tsp.


14-09-2006, matahari komen :

errr nak tumpang tanya sket, kat mana boleh beli breadmaker & bape $$$$. thanks


06-12-2006, desperate cook komen :

dah try recipe ni.sedap and lembut..tapi mak i yg suka manis ni ckp kurang manis..so the second time i buat i tambah gula sket..lagi terangkat....


31-01-2007, umi_e komen :

zara... rajinnya buat roti... umie dah 2x buat roti tapi tak menjadi... frust je ler tengok orang lain punya roti lawa2... nantilah umie try lagi sampai berjaya...


01-02-2007, zara_klate komen :

jgn putus asa umie.. try sokmo yer.. mesti akan berjaya.. c",)


01-02-2007, umi_e komen :

zara... sejak umie keluarkan breadmaker dari tempat pertapaannya, dah 2 hari umie buat roti tak menjadi... hari ni umie rehat sebab takut kalau rak jadi lagi umie akan geram dan kerjakan breadmaker umie tu hehehehe so umie buat kek cokolat lagi (tu je ler modalnya...)


01-02-2007, zara_klate komen :

jgn² dia suruh umie beli breadmaker baru tak.. heheee..


06-03-2007, merin komen :

i dah buat roti ni..memang sedap..anak - anak i suka sgt.first time buat dulu je tak jadi..masa tu br dpt breadmaker..tak pandai guna lagi.ari ni buat kali ketiga..tp tak sempat nak ambik gambar..dah habis.tq F&N.


08-03-2007, eyla5152 komen :

SORRY F&N BLH TAK TUKAR SUSU SEGAR TO SUSU TPG & SUKATAN NYA?? TQ


12-03-2007, eyla5152 komen :

i dah try yg ni jugak tp masa masak dlm breadmaker tu cam over size je la. sbb max size i nye breadmaker is 2 paun. So, can u help me... tp rase mmg nyum nyum...


19-07-2007, NAI'MAH komen :

xsgka menjadi giler roti yg sy bt... sedap lak2... pakwe sy pun puji roti yg sy bt hehehehe


19-08-2007, tulip77 komen :

F&N kat sni susah nk dpt tepung roti, klu i guna tepung gandum ok tak? ada apa2 effect ke? atau nk kena tambah bhn2 lain?


14-02-2008, rosmawati komen :

Saya baru cuba resepi ni semalam. Walaupun dah tambah lagi 10g gula caster, roti tu masih tiada rasa manis. Texture roti memang cantik cuma saya tukarkan air yang sepatutnya dimasukkan kedlm telur tu dgn air? Boleh juga rupanya!


14-02-2008, rosmawati komen :

Oops, sorry. Texture roti memang cantik cuma saya tukarkan air yang sepatutnya dimasukkan kedlm telur tu dgn susu segar. Boleh juga rupanya!


24-04-2008, dylla komen :

breadmaker tuh bape hinggit ek..xpnah jmpe..hik2


22-06-2008, suka_masak komen :

breadmaker ni kalu tgk price dia kat intenet..mmg ada yg murah. sy slalu check kat e-bay. ada yg mahal ada yg murah..tgk le kecanggihannya. tp x pernah nmpk lg sama ada kat court mammoth, tesco, carrefour, jaya jusco, seng heng, dan seumpama dgnnya..penat cari..kat amway tu mahal beno...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu