oleh: noya Nasi lemak kukus

Nasi_lemak_kukus

Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung. Dan makanlah masa korang betul-betul lapor. hehehe


Created on : 23-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )

  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

23-03-2007, zaliana komen :

noya...kalau rendam lama2 tak ke beras tu jadi hancur dan patah2??pakai beras biasa ke beras siam?


24-03-2007, noya komen :

insyaallah x patah2 sbb awal2 kan dah kukus dlu beras hingga sprh msk..cuba la..


24-03-2007, Mat Gebu komen :

noya....santan tu byk mana ek.....macam mana ye nak agak?. mat pernqah dgr juga nasi lemak kukus tapi tak pernah buat...macam nak try...


24-03-2007, yana komen :

sedapnye... kat kuala terengganu ni ade satu tempat yg jual nasi lemak kukus...pehhh memang sedap!!!


26-03-2007, noya komen :

alah, mat letak jela byk mana yg mat suka sbb sesetgh org suka nasi lemak yg berlemak. sesetgh x suka.. depend la..


05-05-2007, coyotemawi komen :

beras tu mesti letak dalam loyangkan? bukan letak terus dalam pengukus yang berlubang-lubang kecik tu kan?


08-12-2007, kimie komen :

i like it invite me over an make me one of your nice looking nasi lemak i am new here i love nasi lemak too


24-12-2007, cikkeen komen :

nak tanya sikit.. rendam dalam air sejuk ke air panas?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu