Google+

oleh: lingsyima@yahoo.co.uk Nasi Arab

100320112019

Nak masak dgn mudah dan sedap. Setakat ni, cara inilah yg paling simple saya dapat! Saya gunakan lebih sup tulang masak semalam....


Created on : 12-03-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lingsyima@yahoo.co.uk




Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • *1/2kg tulang lembu (kalo ada daging sikit lagi elok!)
  • *2 bungkus sup bunjut adabi
  • *2 biji bawang besar belah 6
  • * garam secukup rasa
  • # 4 ketul ayam/daging
  • # 1 sudu besar rempah beriani
  • 2 cawan beras basmathi special (saya guna brand faiza moghul basmathi super special RM8.90 sekilo kalo tak silap)
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 4 sudu makan minyak sapi untuk menumis
  • 5 biji lada hitam
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah bunjut sup tulang (bunjut dibuka dan dikisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus)
  • 3 cawan sup tulang
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara

  1. *Untuk sup tulang : Rebus semua bahan-bahan bertanda * dengan air (sama macam rebus untuk buat sup tulang laa.....)
  2. # Untuk Ayam/daging : Perap bahan bertanda # selama 30 minit ---Alternatif : Rebus semasa nak tumis sup untuk buat nasi (langkah 5)---
  3. Beras direndam 20 minit dan ditoskan
  4. Panaskan minyak sapi dan tumis lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah bunjut yang telah dikisar sehingga garing.
  5. Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika (5-10 minit)
  6. Beras dan ayam/daging perap diselangselikan dalam periuk nasi
  7. Tuang sup yang telah ditumis tadi ke dalam nasi periuk. (Biasanya 2 1/2 cawan @ 3 cawan sup dah mencukupi untuk pastikan nasi ni masak)
  8. Bila dah kering boleh letak warna kuning (macam pewarna nasi beriani) dan biarkan seketika tanpa dikacau/gaul.
  9. Sedia untuk dihidang

Tag

nasi

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (12)

12-03-2011, sujamang komen :

lazat,,,minat ni


13-03-2011, perh sodap komen :

nmpk cam sodap je..nnti nk ciba..yum.yum


13-03-2011, noor42 komen :

nampak mcam mudah...tapi x tau la ...nanti kena cuba


10-04-2011, tasriffyra komen :

nmp senang..tap nk tanyela sikitla...saya musykil bab no 5 & 6..ayam tu kite kena rebuskn dulu pastu baru perap ke../ pun kite masukn skali bhn2 tumisan,&sekali masak ngan nasi ke ayam tu....sowiee la ye coz saya kureng phm sikitla...tq


24-05-2011, usoleh komen :

asslmk... nk tanya, rempah beriani tu brand apa yer?


24-05-2011, zaidahatan komen :

baru baca resepi dah rasa mcm sedap je.. nanti bila saya nak buat r... ni nak citu sek. anak2 balik TQ 4 the resepi....


16-07-2011, NOR72 komen :

lauk sampingan xde ke?acar @ sambal die...


21-07-2011, naufalrul komen :

rasa macam nak buat tuk manu raya tahun ni la...


15-08-2011, widya mohamed komen :

kalau pakai beras basmati iran lagi sedappp...tp hrga dia mahal kit la sekilo rm14


29-08-2011, muhamad.fathy@yahoo.com komen :

sya pernah merasai kelazatan nasi arab ini... tetapi nasi arab ini lain dripda nasi yg lain.. ia sangat istimewa...


09-09-2011, aceeta79 komen :

ada sesape yg bleh tlg bgth mcm mana nk buat sambal sos (tomato) yg mcm kt restoran arab Saba tu...tq


30-09-2011, rzy_g komen :

sya prnah buat nasi arab ni tp tk guna rmph briani. sos nye cili merah3,cili padi sikit ,bwg stengah biji,tomato 2 biji,sedikit daun ketumbar d perahan lemon serta garam d gula sikit. semua blend. dan dimakan dgn salad nye timun tomato (dibuang bhgn dlm nye sbb tk nk bnyk air) dipotong dadu, hiris bwg sedikit gaul dgn garam gula dan sedikit jus lemon. ayam tu lagi sedap kalau di panggang shj.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd