Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Cakoi

Submitted By On 22 March, 2007
Category:
Cuisine:
Preparation time:
Servings:
0 Persons
Description

油条 [you tiao - in mandarin], dlm cantonese pula "yao za guai", hokkien "yu ca koi"... resepi mak (nasib baik dia belum tau nak main internet lagi). Boleh tambah jus bawang putih klu suka.

Ingredients
• 1 cawan air
• 2 cawan tepung roti
• ¼ sudu kecil instant yeast
• 1 sudu kecil gula
• 1 sudu kecil garam
• ¾ sudu kecil tawas (alum)
• ½ sudu kecil baking soda
• ½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking)
• 1 sudu besar minyak
• Minyak utk menggoreng
Instructions
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.
Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.

2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.

IMGP0933.jpg
3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.

IMGP0934.jpg
4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.

IMGP0935.jpg
5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

6. Ni gambar cakoi yg dah siap digoreng.

IMGP0947.jpg
7. note:
Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak.
Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik.
Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar. Saiz yg i buat ni agak kecil sbb i guna periuk kecil utk menggoreng.

Tags
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All