Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi kek coklat kukus mudah

 Submitted By On 07 March, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

untuk yang baru nak belaja macam saya..asik frust jek kek coklat tak menjadi. kali ni InsyaAllah jadi....

Ingredients
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
  • Bahan A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Bahan B
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)
Instructions
  1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. (sy guna cawan ni utk ukuran semua bahan. baru belaja lg ni)

    cawan_1.jpg
  2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.

  3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.

  4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++

  5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

  6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa

    myresepi_2.jpg
  7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All