Google+

oleh: syalina Kek Mentega Simple

19022011030

Ubahsuai dr resipi sini jugak...sy jadikan lebih lembut dan gebu.


Created on : 04-03-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi syalina




Bahan-bahan ( 1 biji )

  • BAHAN A:
  • 110g self raising flour
  • 110g tepung gandum
  • 50g milk powder / susu tepung
  • 250g mentega
  • BAHAN B:
  • 5 biji telur
  • 230g gula kastor / 180g gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul telur sehingga kembang.Kemudian masukkan gula, pukul sehingga sebati.Setelah sebati masukkan esen vanilla.Pukul sebentar.
  2. Dalam bekas lain, pukul mentega, kemudian masukkan tepung2 (self raising flour, tpg gandum & susu tpg).Pukul sehingga sebati dan semua bahan bercampur. (*mmg hasilnya keras tapi jgn risau)
  3. Masukkan adunan nombor (1) kedalam adunan nombor (2).Pukul sehingga sebati dan licin (tiada ketul2 tepung tadi).
  4. Sapukan loyang dengan mentega dan masukkan adunan tadi kedalam loyang dan bakar sehingga masak. *Kek akan mengembang, sila pastikan ianya diisi separuh loyang.
  5. 03022011015
    versi cup cake saya buat utk sedekah kat surau. =)

Tag

kek

Laporan Masakan Bergambar (1)

03022011015
04-03-2011
sample
Laporan oleh: syalina


Komen (13)

08-03-2011, erneyaireen komen :

nk di bakar berapa lama ek?


08-03-2011, syalina komen :

bakar lbh kurang 1 jam...klau tepi kek tu dh kekuningan coklat n atas kek tak basah, masak dh la tu...


12-09-2011, beruang puteh komen :

lum bt lg....brg susah nk dpt lorh..........


08-11-2011, zu2011 komen :

hai syalina.. saya da tengok hasil kek mentega cair (Blended Butter Cake) yang awak buat dari resepi kak fida memang nampak menyelerakan... saya nak cuba buat macam awak... kek tu awak bakar ke kukus? ader ubah/tambah bahan resepi tak? berminat sangat....tq...


08-11-2011, syalina komen :

hai zu2011, awak try rcp k.fida tu...mmg mjd & mudah je...cuma blender je...sy bakar kek tu...dh 2 kali sy buat, kek tu mjd, naik tinggi & lembut...sy x de ubah/tambah rcp tu...cuma bhn2 tu sy xblend sekaligus, blend 1 per satu-satu... :)


08-11-2011, syalina komen :

zu2011, sy cuma bakar mggunakan oven dapur gas je....cuma api bwh je...lepas kek tu masak sy guna oven elektrik utk bakar bhagian atas kek yg lembap & mlekit...utk memastikan bhgian atas kek xbasah.. :) slamat mcuba :)


23-11-2011, zue2011 komen :

hai syalina, kamek dah cuba resepi kitak memang menjadi... hubby suka sangat..thanx...


23-11-2011, syalina komen :

hai zue2011, tq & welcome dh try rcp kmk...ktk mentega semua org akn suka sbb nya plain jk...sng jk kan?? hehheh... :))


23-11-2011, syalina komen :

zue.,, ada gmba tek ka? mn ada pat k ngga kmk...tahniah ktk bjaya plh kek tk :))


24-11-2011, zue2011 komen :

hai syalina kamek da ambik gambar dlm h/p tapi x tauk macam nie nak masukkan dalam tok...hehehe...


24-11-2011, syalina komen :

owh.....zue, ktk klik "tulis laporan" kat tepi gmba kek kmk ya...pasya ktk klik "choose file (pilih gmba kek ktk tek)"..pasya klik hntar..siap :)) try la k..tq


27-05-2013, Mrs shahidan komen :

Nk bkr kek,brapa suhunya ne?


27-05-2013, syalina_yahya komen :

Mrs shahidan blh guna suhu 170-180, tpulang kpd keadaan oven masing2...selamat mcuba :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd