Google+

oleh: Noreen Dalca Daging

Img_0266

Ambik dari buku masakan


Created on : 20-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Noreen




Bahan-bahan ( Satu family )

  • 200gm kacang dhal - direbus
  • 200gm daging lembu - dihiris
  • 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
  • 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
  • 2 biji kentang
  • 10 batang kacang panjang - dipotong
  • 50gm serbuk kari daging + sedikit air
  • 4 cawan santan
  • Sedikit daun kari
  • Minyak masak dan garam
  • Bahan tumisan:
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

Laporan Masakan Bergambar (11)

02042007_020_1
03-04-2007
masak dalca hari nie utk bekal suami kak zara pegi kerja. tapi kak zara ganti dgn tulang rusuk kambing. tq noreen for this recipe. i like it! =)
Laporan oleh: zara_klate

Tima kacih kak zara sbb cuba resepi noreen :-)

20102007_002_
23-10-2007
As'kum... sy dah try resipi ni tapi x gunakan santan. memang sedap. ramai yang memuji. thanks ye kak. Tunang saya pun siap bawa bekal balik umah.
Laporan oleh: yasmin81
Dalca_kambing_1
21-09-2008
sedap ;)
Laporan oleh: tulip77
12-12-08_1620
12-12-2008
Amacam, jadik tak? Rasenyer sedap..tapi pelik la, resipi ni x yah letak asam jawa skit ker?
Laporan oleh: mizz89
1__84_
06-12-2009
Makan dengan Nasi Briyani ngan Ayam Tomato...Memang Layan..!!! Thanks for the recepi :)
Laporan oleh: Alinkhai80
Dsc00507
05-01-2010
TQ....Mmg best, 1st time bt dalca terus menjadi. my hubby suka sangat..
Laporan oleh: MAMIDAMIA
Dscf0001
06-01-2010
Noreen, memang sedap! saya guna rempah special dalca fr Kelantan lagi kick. Makan dengan roti naan. Thanks so much.
Laporan oleh: oneleene
Photo0158
07-03-2011
So yummy.. first time buat dalca daging ni, alhamdulillah menjadi gak.. tima kasih resepi.. kenakn dgn nasi hujan panas n ayam masak madu...
Laporan oleh: leezamoe
P6050062
18-06-2011
sedap dan nyum nyum...
Laporan oleh: cheq da
Dsc06404
12-04-2012
sedappp!! mkn ngn roti canai...thanks
Laporan oleh: k.zila66
P1050690
15-09-2012
slm,dah lma xmkn dalca..sdp.ank2 ccah dgn roti keping..tq bg rspi.
Laporan oleh: Mariani(KT)


Komen (22)

20-03-2007, umi_e komen :

ermmm bestnya makan dengan roti!


20-03-2007, dila81 komen :

betul tu umi...kalau dimakan dengan roti kirai/jala pun sedap agaknya....yummm..yummm


20-03-2007, zara_klate komen :

wah.. noreen dah siap. nanti kak zara dah buat.. kakzara tempek k.


20-03-2007, miza komen :

wahh sedapnya dah lame beno tak mkn dalca ni ...


20-03-2007, Noreen komen :

Miza, actually resepi nie noreen first time buat bila dah rasa sedap barulah berani tempek kat sini utk share ngan kenkawan. Cubalah nanti bagi tau sedap ke tidak.


28-03-2007, Mat Gebu komen :

hmm dalca daging noreen masak. Pn zara pulak nasi jagung ishh kena beno tuuu..


25-04-2007, rosmynet komen :

pregnant ni teringin nak makan mcm2..kali ni nak cuba resepi dalca noreen ni plak. kalau daging digantikan dgn ayam ok tak?


25-04-2007, Noreen komen :

ros, ayam ke atau daging pun boleh. Nie mesti tengah mengidamlah ye hehehehe.


18-04-2008, lyndee komen :

hi noreen! thanks ya resepinya.suami i kate ada power lah.apelagi dg nasi jagung emm sedaap...


06-08-2008, moyang komen :

assalammualaikom, noreen kalau dalca ikan masain serupa ke cara menumisnya, cuma tukar kan kari dan daging tu kot.


19-01-2009, 7014 komen :

lauk dalca kalau guna tetel lembu pun sedap gak.tapi kuah nk kena pekat la...


15-03-2009, GEBENG komen :

NIH KALO PEKENA NASIK BARYANI NIH.......AAAUUUMMM.....


30-03-2009, hmaria78 komen :

lengkap resepi untuk minggu nie. Nasi tomato, ayam masak merah choppy, acar timun yani dan dalca daging Noreen. Harap2 menjadi .... Trima kasih .....


14-04-2009, NURAINA komen :

salam...hai noreen...ari ni sy br join je kt MYR ni n dah cuba wat dalca daging dr noreen....sedap sangt la...pa pun thank to noreen


19-08-2009, sabaruddin komen :

try utk buat kenduri 80 org... pakai 8 kilo daging kambing... menjadi gak.. sedap.. sampai mintak tapau... terima kasih daun keladi.. lain kali buat lagi.. :D..


02-10-2009, sharema komen :

I nk buat open house untuk my husbands staff seramai 20 orng tp i leh nk agak bahan2 yng i perlukan banyak mana?I dah cuba buat untuk my familly mmng sedap.Kalau u tlng i bagitau bahan2nya bnyk mana yng i perlukan,tq


29-04-2010, kak ipah komen :

kacang dhal tu xpyah rebus dulu ker? nt kan die keras lgi.


29-04-2010, kak ipah komen :

alamak sssoory xpersan la dh ade arahn suh rebus dulu td. hehehe


13-05-2010, zubai komen :

salam... esok akak ada mesyuarat, lepas tu tentu makan. kawan2 minta nak makan kuah dalca dengan roti, akak ni tak berapa reti buat dalca, jadi akak kan ikut resepi noreen.... terima kasih


03-12-2010, jms295 komen :

Pagi2 dah cari resipi ni...nak buat skrg gak utk breakfast, anak nk cicah ngan roti canai segera. Tq Noreen.


17-09-2011, ajuzulaiha komen :

tq noreen for this recepi. sy akan gunakan utk jamuan open house raya ni.


12-11-2011, chik ma komen :

emmm...sedap ptg ni nk wt lah...dengar citer kalau nk dalca tahan lama sayur2an goreng dlu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd